senyuman, tangisan, coretan liku kehidupan.. sekadar mencari ruang yang sempit untuk berkongsi cerita.
insan yang tidak sempurna tapi disempurnakan oleh kamu.

tentera-tentera ku.. :)

Tuesday, May 17, 2011

saya X bosan :)


K.E.B.O.S.A.N.A.N yg melanda melanda membuatkan aku serba salah.. cewahh.. apo konanyo nak serba salah.. bosan-bosan ni aku mulalah buat benda-benda mengarut.. menyelongkar alam siber mencari sesuatu yang berguna di masa hadapan.. ok itu tipu belaka.. ni la hasil xseberapa dari usaha tulang berapa kerat aku yg xberapa nak membesar yang aku dapat.. peace on the world :)


(BINI)
Kalau dapat bini muda nampak BABY DOLL.
Kalau dapat bini sederhana muda pulak nampak BARBIE DOLL.
Tapi bila dapat bini tua nampak PANADOL!!!


(PUTUS)
dol : aku ngan awek aku dah putus,pastu dia kirim pic dia peluk jantan lain
sarip : mak aih dasatnya
dol : tu pasal la aku hantar pic tu kat bapak dia


(BANDUAN)
pada suatu mlm..seorg banduan telah berjaya melarikan diri dari sebuah penjara...dengan masih berpakaian jalur hitam putih ..banduan tersebut telah memecah masuk sebuah rumah bg menggantikan baju dan mendptkan wang ringgt ... kebetulan pula dirumah terbabit..Ali,pemiliknya sedang ehem2 dgn isterinye...terkejut dgn banduan itu..mereka tdk sempt berbuat ape2 melainkan mengikut arahan banduan tersebut yg bersenjatakan parang kontot... selesai mengikat isterinya di katil...Ali di ikat pula di kerusi oleh banduan tersebut... tiba2..banduan tersebut naik ke atas bdn isteri ali lalu mencium leher isterinya dan kemudiannya pergi ke tandas...melihat keadaan itu..Ali terus berbicara:
ali:" syg...banduan tersebut nmpk menakutkan...syg bg jela ape yg die nk ok...syg jgn risau ok..abg tetap akan cintakan syg..."
isterinya: "tetapi syg lg risaukan abg.... sebb die telah berbisik dgn syg mengatakan abg sgt comel..dan die adalah gay.... die bertanyakan vaselin dan tgh mencarinya skrg.. abg bg jela ape yg die nak ok...abg jgn risau..syg tetap akan cintakan abg.."


(LAGU SEDIH)
seorang budak call dj radio
budak : hello bang saya terjumpa dompet berisi 1000,nama kat dalam ic MAMAT BIN TULU
dj : adik nak pulangkan ker dompet tu
budak : eh x lah, saya cuma nak tujukan lagu sedih jer,kat dia


(PASSWORD)
Ahmad baru saja membeli laptop. Langkah pertama setelah membeli laptop, dia menetapkan pasword untuk keselamatan laptopnya. selepas itu dia membuat salinan pasword itu di dalam miscrosft word lalu save di my document laptopnya agar dia tidak lupa paswordnya. 

Malam itu laptopnya hilang. dia mula risau jika orang yang mengambil laptop itu terjumpa pasword yang disimpan di my document laptopnya. lalu dia mencari laptopnya itu sampai pagi. akhirnya, pada pagi itu, dia menjumpai laptopnya kembali iaitu di rumah jirannya (selang beberapa rumah dari rumahnya). Rumah itu tiada orang. selepas dia msuk ke rumah itu, dia membuka laptopnya dan menukar paswordnya agar orang yang mengambil laptopnya itu tidak dapat membuka laptopnya dan yang paling penting tidak dapat menjumpai salinan pasword yang terdapat di my document laptopnya. setelah selesai, dia pun pergi meninggalkan rumah itu dan membiar laptopnya di situ lantas melangkah pergi dengan laju. 

dia bermonolog dalam hatinya:

"Fuhh lega aku... nasib baik aku da tukar pasword laptop aku... jadi selamat la salinan pasword yang aku simpan semalam... bodoh punya orang, dia xtahu yang aku da tukar pasword laptop aku." dia ketawa kecil dalam hatinya....




(FIRASAT MAT REMPIT)
Hari tu mlm minggu.si mat rempit ni nak lepak ngan kwn2 dia kat dataran. so mse otw atas hgway mat rempit ni xguna laluan motor (namapun rempitkan).dipendekan cite polis pun tahan mat rempit nie sbb xguna laluan moto
polis:nape xguna laluan motor (tny polis dgn muka yg serius)
rempit:erm...(tgah cari idea) ha cmni tok, saye ni de ilmu firasat,firasat saye pd mlm ni mengatakan kalo saya guna laluan moto saya akan kne samun tok (sambil tersengih yakin polis tu akan lepaskan die)
polis:oyeke,so pe firasat awak kate pulak bl jumpa dgn saya ni?
rempit:erm firasat sye mengatakan encik nak smthing dari saye (ala polis ni nak rasuah ler ni detik hati kecilnya)
polis:yap,kasi sekarang!
rempit:(dgn perlahan seluk poket dan keluarkan rm50 dan ksi kpd polis)
polis:pang!!oit bodo aku nak IC ko nak tulis surat saman ni bukan nak rasuah (xpasal -pasal si rempit kne pelempang free mlm tu)



(RAJA TAKUT BINI)
Al-kisahnya, pada zaman dahulu kala, seorang Raja yang takut bini, telah memerintahkan sekelian rakyatnya, LELAKI sahaja, berkumpul di suatu tempat seumpama stadium zaman sekarang.
Titah Raja: Wahai sekelian rakyat beta, sesiapa yang takut bini, semua berkumpul di sebelah kanan beta. Dan, sebaliknya, di sebelah kiri beta.

Maka, tanpa berlengah kesemua yang hadir berkejaran ke sebelah kanan Baginda, kecuali seorang sambil memeluk sebatang tiang.

Titah Raja (dalam hati): Hari ini aku dapat ilmu tak takut bini.
Titah Raja: Wahai saudara, kemari mengadap beta.
Lelaki: Tuanku lah ke mari ke tempat patik.
Titah Raja: Eh! Kamu lah kemari.
Lelaki: Tuanku lah kemari
Titah Raja: Heh! Aku Raja kamu. Kamu kemari.
Lelaki: Tuanku lah kemari.
Titah Raja (dalam hati): Tak pa, ilmu punya pasal aku pergi.

Lalu Baginda pun mencemar duli ke tempat lelaki tadi. Sesampai sahaja di tempat lelaki tadi, Baginda pun bertanya.
Titah Raja: Apakah rahsia sebenar kamu, tidak takut bini ?
Lelaki: Sebenarnya tuanku, patik lah orang yang paling takut pada bini.
Titah Raja: Kan tadi Beta telah arahkan, sesiapa yang takut bini ke sebelah kanan Beta. Kenapa kamu tidak menurut perintah Beta ?
Lelaki: Sebenarnya tuanku, ISTERI patik telah berpesan kepada patik supaya,Tunggu ditiang ini dan jangan ke mana-mana sehingga dia datang.


(DOA MAKAN)
“Alkisah… .. Seorang lelaki islam ponteng sembahyang Jumaat, sebaliknya dia masuk hutan untuk memburu beruang.Sedang dia terhendap2 di dalam semak, tiba2 dia berlanggar dengan seekor beruang.

Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur ke dalam jurang. Dia pula tergolek ke arah lain, jatuh ke atas batu dan KRAKKKK! Kedua2 kakinya patah. Jangan risau .. ini bukanlah berita buruk ok. Ada lagi .. Berita buruknya adalah beruang tadi terus menghambatnya, sedangkan dia dah tak boleh bergerak lagi.

"Ya Allah,” doa lelaki tersebut,”Ampunilah dosaku kerana ponteng sembahyang berjemaah pada hari Jumaat yang mulia ini .. Ampunilah aku ya Allah..makbulkan hajat ku ini.. jadikanlah beruang yang memburuku Muslim yang beriman .. tolong ya Allah! Aminnn..”

Tiba2 guruh berdentum! Beruang tadi tiba2 terhenti betul2 di hadapan lelaki tadi. Sambil menadah kedua2 kaki depannya ke langit .. beruang tersebut pun berdoa,

“Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qina azabbannar.Amin! “


(BIJAK)
MOSTI sedang mencari angkasawan utk dihantar ke marikh. Walaubagaimanapun, mereka hanya boleh pergi sahaja, dan tidak akan pulang ke bumi.
Calon pertama, seorg engineer di tanya berapa banyak wang yg dia mahu."Sejuta" jawapnye "Saya nak sumbangkan utk anak-anak yatim."
Calon seterusnya adalah seorg doktor. Dia juga di tanya soalan yg serupa. Dia menjawap, dua juta ringgit. "Sejuta saya nak bagi kat family saya. Yg sejuta lagi saya nak derma utk buat research dan experiment."
Calon terakhir adalah seorg peguam. Bile ditanya berapa banyak yg dia mahukan, dia berbisik ke telinga panel temuduga, "3 juta ringgit."
"Kenapa lagi banyak dari yg lagi dua calon?" penemuduga bertanya.
Peguam itu menjawap, "Kamu bagi saya 3 juta. Saya bagi kamu sejuta, Sejuta saya amik. Kemudian yg sejuta lagi tu, kita guna utk hantar engineer tu ke marikh"


(BAIK HATI)
kerana sudah berasa insaf, Rizal pergi kesebuah surau untuk mendengar ceramah agama. Ketika tabung derma di edarkan, dia dengan segera membuka dompetnya dan memasukkan RM2 ke dalam tabung derma itu.
Tiba-tiba, seorang pak cik yang duduk di belakangnya menepuk bahunya dan memberikannya duit sebanyak RM200 kepada Rizal. Rizal tersenyum. Dia mengambil duit itu dan memasukkan kedalam tabung derma itu juga. Rizal menoleh dan berasa kagum dengan kemurahan hati pak cik itu . Tidak berapa lama kemudian, pak cik dibelakang Rizal kembali menepuk bahunya dan Rizal mendengar bisikan dari pak cik itu

"Encik, kata pak cik tersebut, duit RM200 itu sebenarnya terjatuh dari beg duit encik tadi".



(MURID PINTAR)

Disebuah tadika yg baru seminggu menerima murid baru, seorang guru cuba utk mengkaji pengetahuan sedia ada murid2nya.

Guru : murid2 semua, hari ni kita belajar mengenal nombor. ckg akan tanya beberapa soalan, sapa tau jawapannya, sila angkat tangan.
Murid2: baik ckg.
Guru: soalan pertama, selepas no 1, no brp?
Murid A angkat tgn dan terus jwb: no 2 ckg.
Guru : bagus. soalan kedua, selepas no 5, no brp?
Murid A angkat tgn dan terus jwb: no 6 ckg.
Guru : ok bagus, kalau boleh murid2 yg lain pun cuba jwb ye. soalan ketiga, sebelum no 9, no berapa?

Seleps senyap sekejap....
Murid A angkat tgn lagi dan terus jwb : no 8 ckg.
Guru : bagus. awak mmg pandai. sapa ajar awak?
Murid A : ayah saya ckg.
Guru : hmmm, bertuah awak dapat ayah yg rajin ajar anak2. baiklah, ckg test awak satu soalan lg ye.
Murid A : baik ckg.
Guru : selepas no 10, no berapa?
Murid A dengan pantasnya menjawab : Joker ckg.

hehe.. walaupun xlawak mane, tapi cukup la buat bekalan bosan aku ni.. at least xde la blog aku ni berlapok dek habuk kilang kayu sebelah uthm terchenta tu.. kan3.. :) 

time cuti macam ni la aku boleh melalut, merapu, meraban and meroyan sesuka suki sanubari aku.. bila dh start kuliah nanti xde la peluang nak meronggeng, berkaseh sayang dengan blog ni.. betul x.. bagus, semua angguk-angguk kepala.. peace.. :)

2 comments:

  1. hahahha..ak pon bosan dok umah..cess!xtau nk wtpe..

    ReplyDelete
  2. hahaha.. tau xpe.. enjoy jela..

    ReplyDelete