senyuman, tangisan, coretan liku kehidupan.. sekadar mencari ruang yang sempit untuk berkongsi cerita.
insan yang tidak sempurna tapi disempurnakan oleh kamu.

tentera-tentera ku.. :)

Tuesday, August 9, 2011

Tolong jadi abah saya

Tajuk tu mungkin menimbulkan tanda Tanya. Nak story ape sebenarnya ni? Sebenarnya nak story tentang satu kajian. Ada satu kajian yang dijalankan mendapati perempuan akan mencari calon suami yang mempunyai ciri-ciri yang sama seperti ayah mereka. Kalau lelaki, aku x tau la pulak. Aku x ada buat kajian. Hehe.. betul or x, hanya tuan empunya jati diri yang tau jawapannya. Pada aku, memang betul pun kajian tu.

Kenapa tiba-tiba cakap pasal calon suami pulak ni? Dah mengidam nak naik pelamin ke? Nak bina masjid ke? Choi!! X ada la. Sebenarnya dah x tau nak pilih topic apa and x nak blog ni berhabuk sepanjang bulan ramadhan ni. Di samping tu, jejari aku ni boleh la menari-nari di atas board ni setelah sekian lama. Boleh jugak la aku bercerita panjang lebar tentang Encik Hassan Bin Haji Yunos a.k.a abah aku. J so, siapa-siapa  yang berminat sila pay attention. Cewah.. jom terjah!

X kira la apa panggilan sama ada abah, ayah, abi, papa, baba, or yang lain-lain, setiap bapa pasi mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Lebih-lebih lagi kalau anak perempuan, perhatian yang lebih pasti akan diberikan. Sebagai anak perempuan yang paling kecik dalam family sememangnya kasih sayang abah sudah melimpah ruah x terhitung banyaknya. So, salah satu ciri yang semua perempuan cari adalah penyayang. Bukan je penyayang pada manusia tapi pada makhluk yang lain jugak. Abah sangat suka kucing. Mak long pernah cerita betapa abah sedih bila kucing kesayangan kena langgar kereta. Abah peluk kucing tu sambil menangis. Mase tu abah kecik lagi la. Mak long kate memang sedih je tengok. Tapi harus diakui setiap orang mempunyai perspektif diorang sendiri and cara diorang yang tersendiri untuk menunjukkan kasih sayang diorang.

Setiap kali aku keluar, sama ada dengan family or kawan-kawan, bila masuk pukul 5.30 aku x sampai rumah lagi makanya fon aku akan berdering. Kadang-kadang bukan la abah yang call tapi sudah semestinya abah lah yang mengarahkan nombor fon aku didail. Nak tau macam mana aku tau? Sebab bila akak-akak aku keluar, perkara yang sama akan berlaku. And kalau kami keluar sehingga malam, abah mesti tunggu kitorang walaupun kadang-kadang mak dah lama membuta. Hehe..  x kira berapa lambat, abah mesti tunggu. Kadang-kadang sampai tertidur kat sofa. Abah pelindung kami. Abah sangat-sangat la protective.

Walaupun aku sering dimanjakan, abah x lupa untuk ajar aku berdikari. Aku sememangnya rapat dengan abah sejak kecik lagi. Abah suka bawak kitorang pergi kerja masa kitorang kecik. Lagi-lagi time cuti sekolah. Kadang-kadang abah x ajak pun tapi kitorang yang nak ikut. Masa kecik memang x ada nak pikir apa sangat pun. Tapi bila dah besar, baru la aku nampak niat abah bawak kitorang. Abah aku kerja pemandu lori. Bekerja sebagai pemandu lori bukan la kerja mudah walaupun orang kata gaji besar. Seriously sampai sekarang, aku cukup sensitive kalau tengok pakcik-pakcik driver. Kerja jadi driver ni sangat-sangat la penat. Waktu kerja yang x menentu. Aku pernah tengok betapa abah marah bila sampai di kilang tertentu tapi barang yang perlu dihantar x ada. Abah kena tunggu berjam-jam selepas penat memandu and kena balik lambat. Lebih teruk jika abah perlu bermalam di tepi jalan. Sebagai anak, aku sedar betapa payah abah bekerja and betapa besar jasa abah dalam membesarkan aku selama ni.

Bertanggungjawab. Mak melahirkan aiman(adik aku yang last) waktu aku darjah 6. Even akak aku dah besar and boleh tolong uruskan rumah, abah still menguruskan rumah. Cuci baju, masak, mengemas, semua abah buat. Walaupun agak kelakar tengok abah sidai kain and buat kerja rumah, ada niat yang tersirat. Abah sebenarnya xnak pelajaran kitorang terganggu memandangkan angah nak exam stpm, ude nak spm n aku upsr. Abah sangat mementingkan study. Along antara mangsa pertama yang di pukul sebab ponteng sekolah. Memang abah mengamuk masa tu.

Abah sememangnya seorang yang serba boleh. Abah kehilangan atok sejak umur  6 tahun (menurut cerita mak). Walaupun abah anak bongsu and x dapat kasih sayang dari seorang bapa, abah still boleh jadi bapa yang sangat-sangat hebat. Abah x akan membiarkan kemahuan anak-anak x dipenuhi. Kadang-kadang aku sendiri rasa nak marah bila salah sorang family aku mintak duit untuk sesuatu yang xperlu. Tapi abah tetap penuhi kemahuan setiap anak. Malah kitorang menerima dengan sama rata. Abah xpernah membeza-bezakan kitorang.

Kalau nak dicerita semuanya memang x akan ada penghujungnya. Setiap orang pasti punya memory tersendiri. Memang aku sangat-sangat akui ciri-ciri lelaki yang aku cari ada pada abah. Aku xsuka lelaki yang mengada-ngada walaupun niatnya untuk bermanja or whatsoever. Aku suka lelaki yang pandai serba serbi. Maksud aku boleh buat banyak benda macam abah. Boleh memasak, mengemas, jaga anak-anak, mengurus rumah and macam-macam. Macam entry untuk hari bapa la pulak.

Tapi perlu jugak selalu beringat bahawa lelaki yang baik hanya layak untuk perempuan yang baik. Jodoh pertemuan, ajal maut semua di tangan Tuhan. Walaupun seluruh isi alam cuba untuk menyatukan dua jiwa, jika Tuhan mengatakan mereka bukan jodoh maka mereka tidak akan bersatu. Dan walaupun seisi alam menghalang dua jiwa, jika jodoh mereka ditetapkan bersama mak mereka akan bersama.

Thursday, July 28, 2011

aku ingin jatuh cinta lagi

“Aku ingin jatuh cinta lagi!” ucapku lirih di depan cermin. Keinginan dan dorongan hatiku untuk jatuh cinta lagi begitu kuat seperti muntahan yang terus mendorong keluar dari dalam perut untuk menghilangkan rasa mual.


 Saat ini, aku sudah mempunyai seorang kekasih, namanya Juned. Juned yang kuliah di fakultas ilmu sosial dan politik yang menurut persepsiku sesuai dengan penampilannya. Rambut gondrong, jins belel, rokok di tangan, dan suka berdemonstrasi bila ada isu-isu sosial politik yang mencuat ke permukaan dan dianggap tidak sesuai hati nuraninya.Tapi, kadang Juned juga bisa seperti penghibur yang melemparkan canda nakal yang membuatku tertawa terpingkal. Juned tidak seganteng Ashton Kutcher tapi cukup membuatku tak bisa tidur. Juned bukan cowok berbadan atletis yang didamba setiap cewek untuk selalu berada dalam dekap hangatnya. Dia cenderung kurus tapi cukup membuatku aman berada di dekatnya.
Juned bukan cowok yang selalu memperhatikan penampilan bahkan bisa dibilang jarang mandi tapi cukup membuatku selalu merindunya. Juned yang begitu sederhana dan Juned yang apa adanya. Aku menyayangi Juned dan aku mencintainya hingga saat ini.
***
“Kenapa sih?” tanya Juned suatu hari. Kukernyitkan dahiku tanda tak mengerti ucapannya barusan.
“Kamu itu kenapa?” tanya Juned lagi.
“Maksudnya?” aku balik bertanya masih dengan tak mengerti maksudnya.
“Sebulan ini aku ngerasa kamu jadi aneh,” ucap Juned.
“Apa aku seperti monster, sampai-sampai kamu menganggap aneh diriku ini?” kulemparkan canda. Tapi aneh, Juned tak menanggapi seperti biasanya.
“Aku serius!” pandangan mata Juned seperti memaksa meminta jawaban. Kami terdiam sejenak. Aku ragu.
“Aku ingin jatuh cinta, Jun!” akhirnya keluar juga kata-kata itu dari mulutku setelah sebulan berusaha menyembunyikan hal ini darinya. Rasanya lega sekali setelah mengucapkan kata-kata itu. Kubayangkan reaksi Juned, dia bakal kaget dan marah tapi ternyata tidak. Juned diam saja. Hanya sedikit kaget terlihat dari air mukanya. Di saat seperti ini, keheningan sejenak menjadi teror sepi yang berkepanjangan.
“Pit, aku mencintaimu… sangat mencintaimu dan kamu tahu itu.” Kuanggukkan kepalaku.
“Saat ini, kamu memang pacarku, milikku. Tapi, hatimu tetap milikmu sendiri. Kamu berhak menentukan langkahmu sendiri. Berhak menentukan siapa yang kamu cintai.”
“Kamu nggak ngerti aku Jun!”
“Aku ngerti. Sangat mengerti dengan keinginanmu. Jangan memaksakan diri bersamaku bila kamu tak menginginkannya,” Juned beranjak pergi meninggalkanku.
“Juned tak mengerti apa yang kurasakan. Aku hanya ingin sensasi jatuh cinta itu datang lagi padaku. Rasa berdebar-debar bila menunggu kedatangannya seperti ilalang di tanah lapang menanti sang hujan di musim kemarau. Bukan seperti rutinitas menunggu sang mentari muncul dari arah timur saat pagi hari.
Aku ingin rasa kangen begitu menyerangku bila lama tak bertemu. Aku ingin rasa berbunga-bunga itu datang lagi saat senyuman manis dilemparkan ke arahku. Saat ini, aku hanya ingin jatuh cinta, itu saja. Apakah salah?
Hari ini aku sengaja menunggu Juned di kampusnya. Wajahnya yang kuyu masih saja kurindukan. Sedikit canggung memang setelah lama tak bertemu, tapi semuanya berjalan baik-baik saja.
“Sudah jatuh cinta lagi?” kalimat pertama yang meluncur dari mulut Juned.
“Sudah, malah berkali-kali!” jawabku.
“Kamu sendiri gimana?” sambungku.
“Aku nggak tahu Pit, rasanya aku tidak bisa jatuh cinta lagi. Aku berusaha melupakan kamu tapi tak pernah bisa. Semakin aku berusaha melupakanmu, bayanganmu makin lekat. Jadi, sekarang kubiarkan bayanganmu merajai diriku tanpa berusaha menghilangkannya. Orang bilang waktu yang kelak akan menghapusnya. Tapi, aku juga masih meragukan apakah kelak waktu benar-benar bisa menghapusnya. Sampai saat ini, detik ini, aku masih sayang kamu Pit.” Kata-kata Juned meluncur begitu saja seperti kereta api express yang tak pernah berhenti di stasiun-stasiun kecil. Tapi, nadanya makin melemah seperti orang yang sudah kehilangan harapan. Di sudut hatiku, ada rasa bahagia yang meletup-letup. Juned masih sayang dengaku.
“Jun, aku jatuh cinta padamu berkali-kali!”
“Benar Pit yang barusan kamu ucapkan? Kamu sedang tidak mempermainkan aku kan?” Juned menggoyang-goyangkan bahuku, sepertinya Juned tidak percaya dengan apa yang kuucapkan dan dia terus mengulang pertanyaannya.
Aku mengangguk. Bukankah cinta seperti ini yang diinginkan setiap orang? Jatuh cinta berulang kali pada orang yang sama. Terlihat jelas rona bahagia di wajah Juned, tapi bukan Juned kalau dia tidak bisa menahannya. Tidak langsung memelukku seperti yang aku lihat di film-film, tapi aku tahu kalau Juned benar-benar menyayangiku. Aku mencintai Juned dengan segala kesederhanaannya.
-disadur dari milis HanyaWanita

Thursday, June 23, 2011

i'm in love :) (part 2)

part 2 la plak.. semestinye sambungan kepada part 1 yang dahulu kala.. kalo terlepas, cari la balik.. hehe.. aku baik ati arini.. sape rajin nak bace part 1 bleh klik link ni.

ok kali ni nak cerita pasal ape pulak lah agaknya ye?? tanda soal dah pusing-pusing atas kepala. kih2.. kali ni nak cerita pasal tuntutan saya pada awak and peringatan sesama kita sepanjang hampir dua bulan terpisah buat ke sekian kalinya. cewaahh.. jom buat list bagi mempermudah kerja otak Melayu yang mudah lupa ni.

SENARAI TUNTUTAN AND PERINGATAN!!

1. no more TIDO selepas asar. hehe.. kat hostel memang pantang ada masa terluang. ke katil la jawabnye. tapi semangat dan dorongan membuatkan mata ni kebal sepanjang hari. hoorraayy!! nak tau kenapa dia xbagi sy tido lepas asar?klik sini
MySpace
2. makan ikut masa. kena sarapan lagi tu. haha.. almaklumlah, orang rajin makan macam saya ni memang kena paksa selalu. ok tipu. 

3. kena belajar pujuk awak dulu baru boleh dapat lesen cuci mata n cari lain.. auuww~~ jangan nyesal ea. hehe

4. x boleh buat muka majuk or buat-buat majuk nanti awak SUMBAK PAROK. "sy nak tengok awk comey selalu". mesej awk untuk pujuk sy. :)

5. saya kena terima kalau awak belanja and awk jugak kena terima kalau saya belanje. deal!!

6. awak kena bagi saya hadiah sebab berjaya makan lebih banyak daripada biasa. roti bom 2 keping + nasi goreng. nak pecah perut rasenye.

7. lepas ni kalau keluar kena makan depan mata awak. hehe.. nak tau kenapa? sebab masa kitorang keluar aritu, saya tipu cakap dah makan. padahal xmakan ape-ape pn untuk 1 hari tu. maap3.. and awak pulak kena makan banyak-banyak depan saya. xboleh diet-diet. :p

8. xboleh cuci mata depan awak nanti kena tinggal kat tempat tu. auucchh.. scary je kena tinggal. :p

9. kalau saya moody time mesej, awak nak stop mesej terus. haishh.. nampak x tegas die tu. bagus3. still xnak manjakan saya. :)

10. awak kena belanja saya makan cendol, saya belanja awak aiskrim. demand betul die ni nak baskin robin je. 

11. x boleh rahsia ape-ape daripada awak. haipp2 boss!! menurut perintah. :)

12. saya lagi tegas, awak lagi jahat. x aci betul die je boleh tegas. hehe.. gurau jela. tapi ingat! time saya tegas je awak boleh jahat. time saya baek, awak xboleh jahat.

13. kena ingat benda yang boleh buat awak marah. xyah la bgatu kat sini. masing-masing tau sendiri. hehe.. insyaAllah saya xbuat awak marah. :)

itu jela kot yang ade setakat ni. hehe.. tapi nak bagitau, die dah pandai nak jeles. hahaha.. i loike!!


mesti dh terpikir ni citer aku or copy paste citer orang len kan3.. err... biar la rahsia ye.. yang still xpercaye part 1 tu bukan citer aku, its ok.. anggap la ni pn citer aku.. simple.. :)


Sunday, June 5, 2011

abai sana puji sini manusia biasa

I'm now living in a world where I don't have a complete control of the world. It's very uneasy to handle the world 
which revolves so differently everyday. people say that we will learn new thing in every breath. yes. thats true. really true in fact. E.V.E.R.Y.B.O.D.Y have their own choice, own princip, own immortal handhold as they are invincible kononnya la.

ok lets speak in malay n get more S.E.M.P.O.I.. hehe :)
actually, there's nothing so important story. just the true story that might be related to the reader or anyone. ok ni la akibatnya bila dah start cakap omputih. lupa daratan sekejap. maap3. sebelum mula cerita, aku nak minta maap sebab story ni kompem-kompem akan buat ramai orang terasa and maybe mula benci aku or whatsoever. story ni aku x tujukan pada siapa-siapa pun. just peringatan buat diri sendiri juga.

ok. semua orang mesti pernah kena tegur x kesahlah cara terpuji atau tercela. ini T.E.G.U.R tau. bukan P.U.J.I.A.N.. kenapa aku caps lock ek.. sebab nak bagi beza cikit. bila tegur selalunya mesti pasala salah kita. ye.. xsemua manusia tu perfect. tapi setiap teguran xboleh diambil ringan. xkesahlah siapa yang tegur kita. ini dua situasi yang selalu terjadi. dua situasi ni yang aku nak ficos la.

situasi 1: K.A.W.A.N. or F.A.M.I.LY 
ami: kenapa keluar rumah x pakai tudung?
ani: alaa.. keluar pergi kedai ah meng kat seberang tu je. x jauh pun.
ami: setiap helai rambut tu aurat. berdosa walaupun sehelai.
ani: yela-yela.. aku tau la dosa pahala. 
*gedegang!! hempas pintu

http://www.emocutez.com

situasi 2: B.U.A.H.A.T.I.P.E.N.G.A.R.A.N.G.J.A.N.T.U.N.G  a.k.a  B.A.L.A.K.
polan: ani, kenapa awak x pakai tudung. awak pakai tudung lagi cantik saya rasa.
ani: awak xsuka saya buka tudung ke?
polan: rambut awak tu kan aurat awak. awak kena la jaga untuk suami awak.
ani: owh.. yeke. terima kasih sebab tegur saya. awak memang baik. lain kali saya xbukak tudung lagi.
*jumpa member terus cerita betapa taksubnya dia dengar balak dia cakap macam tu and dok heboh satu kampung betapa alim. warak and tawaduknya si polan tu tadi.
http://www.emocutez.com

pooorahh... G.E.L.I.M.A.T. ko tau x. betul x apa aku cakap? korang mesti pernah lalui juga kan3... aku sendiri pun pernah buat macam ni. tapi situasi berbeza la. bukan pasal buka pakai tudung ni. situasi aku and akak aku. tu belakang story. korang pernah terfikir x orang yang tegur korang mempertaruhkan maruah diorang. aku sendiri la contohnya. cuak gila kalau nak tegur orang. lagi-lagi bila kita tegur, orang tu buat muka tempe je. lagi baran kalau orang tu dengan lantang membidas balik. and ofkoz la aku dh prepared hadis, surah segala bagai untuk membuli balik. ok tipu.

lagi malang kalau mereka-mereka yang mulia tu mempersoalkan taraf orang yang menegur. Rasulullah sendiri xpernah melarang sesiapa untuk berdakwah. walaupun dia merupakan sejahat-jahat manusia. dakwah itu W.A.J.I.B ke atas semua M.U.S.L.I.M.. x dapat dinafikan sekarang ni memang susah nak sampaikan dakwah. sentuh sikit pasal  bertudung xsolat vs xbertudung tapi solat  dua-dua golongan ni sibuk mempersoalkan sesama diorang mana lebih bagus. diorang sama je sebenarnya. paling utama, diorang sebanarnya kena sedar siapa yang diorang nak lawan. diorang lawan hukum ALLAH S.W.T.


berbalik story tegur menegur tadi, diorang kena ingat. dh memang tugas manusia untuk saling ingat-mengingati sesama umat. terpulang la nak terima atau x. and jangan la korang buang mentah-mentah teguran tu hanya kerana yang tegur tu musuh korang or korang rasa malu and nak memberontak. sama-samalah kita muhasabah diri masing-masing. buang yang keruh, ambil yang jernih. memang x ada manusia yang boleh sebaik Rasulullah tapi apa salahnya kita menuju ke arah tu. orang tegur kita bukan sebab nak kondem kita. diorang care kat kita. jangan rasa malu or ego nak terima teguran.
Payah betul nak control pace dunia ni. and the people moving it. and myself who lives in it. Aku punya prinsip, a never-written ones. and now i got to change it, alter sikit bagi muat dan sesuai. betulkan yang biasa, biasakan yang betul. anda mampu mengubahnya. hehe. peace on the world. :)

kiri atau kanan??



Dan adapun orang yang kitabnya
Diberi ke tangan kirinya
Maka akan dia berkata

"Alangkah baiknya jika
Kitabku tidak diberikan padaku
Hingga aku tak tahu
Bagaimana perhitunganku
Wahai,kira mati penyudah segala sesuatu
Hartaku
Tiada sedikit berguna bagiku
Kuasaku
Telah hilang dariku"

"Tangkaplah dia!"
"Lalu belenggu tangannya ke lehernya!"
"Lalu campak ke dalam neraka yang menyala-nyala!"
"Lalu belit dia dengan rantai tujuh puluh hasta!"

al-Haqqah:25~32

http://www.emocutez.com

Wednesday, May 25, 2011

13 ALASAN TIPIKAL WANITA YG TIDAK MENUTUP AURAT

Orang yang telah menyuci-bersihkan hatinya hanya mampu berdiri di luar pintu Rahsia Allah s.w.t selagi dia belum bertaubat

Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau. 

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa. 
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku. 

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.


“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”
Once again today,
 my memories cause me to lose my way
Then at the end of the road, i get up slowly
I cant see you anymore 
but you still have me in you grasp
So once again i ask for directions for the way
I want to see you, i want to hold you
I pray to the heaven  for you
It cant be anyone but you
I cannot be without you
Whether its a day, a month, or a year
Even if i hurt, its alright
Even if my heart break, its okay
Since i love only you


Thursday, May 19, 2011

i'm in love :)

Sy dah jatuh cinta kat awak!! Awak dah kena minyak dagu sy!! Padan muka awak..:p walaupun ‘I LOVE U’ itu xpernah wujud antara kita, tapi kita berdua tau ianya wujud. Kita x buat benda-benda sweet yg orang lain sibuk nak buat. Tapi kita still bertahan. Still bertahan dengan cinta jarak jauh kita ni.


awak istimewa buat saya.
Pengganti sahabat yang telah pergi.
Awak datang tanpa di undang.
Datang secara tiba-tiba.

Oleh sebab awak mintak and sy memang kebetulan sedang ringan tulang, so sy buat la entry ni untuk awk. bace ssampai abes tau!! Sy pilih untuk buat pasal kenangan kita as human being. hehe.. Antara memori kita:

1. MMS
Mesej pertama merupakan MMS maal hijrah. Xtau la sama ada awk still ingat or x. Tapi sorry. Sy x perasan. Sy ingat maxis yang bagi. Hehe.. So, sy just ignore. And xtau la bile mase sy sedar awk yang bagi mesej tu. Mase berlalu macam tu jela. Maybe masa tu awk pun xberharap sangat kot sy reply. I hope so.

2. selamat hari raya, maaf zahir batin
Sehari sebelum raya maybe. Awk wish selamat hari raya. Normal thing that peoples do nowadays. Just send msg and say sorry for everything and bla bla bla. Rupa-rupanye, mesej tu xterhenti kat situ je. Berlarutan sampai la sekarang.

3. pantun reban ayam xde pintu
how come reban ayam xde pintu?? haha.. Seriously, i’ll never forget this. Even sy dh delete mesej 2. (Sory again). Kelakar bila ingat balik. Sy xtau pulak mesej tu orang lain xdapat. Pantun yang awk reka. Pantun gudluck exam. Kihkihkih. Still smilling right now k. Sy pulak pergi forward msg tu kat orang lain. Makanye, terjadilah fenomena alam- kontroversi liar.

4. gitar n music

1 lagi pengantara kita. Well u know why. The story i borrow it. Meeting senyap-senyap berempat dengan kawan kita. The moment u play the gitar on the phone. Even tune memang lari and sy xdapat nak tangkap lagu ape yang awak main. Aizat-susun silang kata. Manbai-kau ilhamku. Plain white t’s- 1234. Rahim maarof- cinta Kristal.

5. phone call
Sy tau awk malu.hehe..:p Boleh dikira bape kali je awk call sy. Tu pun atas sebab-sebab penting. 1st, sebab nak bgtau jawapan soalan fizik. Lepas bgtau terus say bye. Then, untuk main gitar. Tu pun just main gitar n cakap xsampai 1 minit n bye. Lagi, xde kot. Lagi 1, sy yg call sebab wish befday. Yang ni pun xsampai 1 minit. Kelakar k. Nampak sangat gelabahnye.



6. prank
“jgn bgtau budak2 ni aku nyorok ktne” lebih kurang macam tu la kot. “meh la dtg blok E.. tapi kena pakai skirt la.haha”. ingat x? Malam tu befday awk. So, sudah menjadi lumrah la awk akan di’prank’ secukup-cukupnye sebagaimana awk buat kat orang lain. Haha. Padan muka kena simbah dengan segala macam bahan campuran penuh berperisa.

7. photo shoot
Hahaha.. kejadahnye photo shoot segala bagai ni?? Ingat x? Yg lepas annual dinner tu la. Lepas annual dinner kite bergambar. Amboi3.. orang lain sibuk nak balik, kita sempat lagi bergambar. Seronok..:p siapa lagi yang jadi mangsa kalau bukan ‘kembar’ sy.

8. topic?? Next??
Hehe.. words yang wajib ade. Kan3.. and of course la sy yg selalu jadi mangsa. But, its ok. Kadang-kadang ada jugak topic-topic bernas and membangun dari awk.. cewah~~ yeke? Daa~~ ape pun, macam pelik. Ade je topic bernas dari SAYA :p yg mencipta suasana membosan bersama. Hee~~

9. rajuk ku, rajuk mu jua


rajuk ku bukan suka
rajuk ku bukan lah lama
tunjukkan kau suka
berikan rasa apa itu cinta

APEKAH?? Grrr.. hehehe.. peewiitt. Ini lah 1 lagi fenomenapelik benajaib yg selalu menimpa. Rajuk sy xpernah menjadi. KACIWA betul :( . acah jela. Tapi bagus jugak la untuk kita yg sememangnye terang lagi bersuluh FAILED bab-bab pujuk-memujuk. Nyanyi lagu spider-relaku pujuk jela nanti ea. Selalunye bila merajuk mesti xmenjadi. Nak tau kenape? Sebab awak akan Nampak perkara lain yg membuatkan awk ade peluang untuk merajuk or marah yg menyebabkan sy menghempas tuala putih tanda kalah tanpa bertanding. Kadang-kadang awk marah pulak. And seriously sy xsuke itu macam meyh. Sy takut. Heee~~

10. big apple donut
Nak tanye. Ini hadiah befday ke?? Haha. Mase tu befday sy baru je lepas kan3. lebih kurang jam 1915, kawan kita mesej sy. “bella, bila nak amek hadiah ko kat aku ni?”. Actually lambat perasan mesej tu. Mane x nye, maghrib kottt~~ then,mesej kedua datang..jeng3.. “bella, ko nak ke x hadiah ni?”. Mase ni baru sy perasan. Dengan sepantas kilat sy membalas and bermula soal siasat n bla bla bla. Macam biase la. Awk akan guna orang tengah. Segan a tu. Sebenarnye, sy xsuka sangat benda manis-manis ni. Tapi sy habiskan jugak donut 2. Btul ni xtipu. Tapi sy share dengan roommate la. Hehe.. TQ

11. past-year Q&A
Cewah.. taktik ke ape ni?? Hehe.. tau dah jawapannye bukan. Ni namenye inisiatif mereka-mereka yg malas nak cari jawapan sendiri. Well, normal la student copy-copy jawapan. Betul x? Betul3..:p awk naikkan semangat sy untuk terus maju. Sy harap sy pun boleh jadi semangat untuk awk study rajin-rajin. Yeayhh!! Chaiyok3!!

12. lagu bikin panas


Bila dah banyak sangat story yg dikongsi, mulalah tercetusnye idea yg xdiduga. Aerosmith-i don’t wanna miss a thing, Bruno mars-just the way u are, grenade. Semuanya telah dirancang tapi apekan daya. Misson failed!! Hahaha.. apela.. kelakar tapi for your information, sy betul-betul bagi lagu tu kat awk.

13. jeles
Biase la tu. CEMBURU tanda SAYANG!! Xtau la kenapa. Ade certain thing yg buat sy cemburu. Kadang-kadang, cemburu yg membuak-buak. Xtipu ni. Ok persetankan semua tu. Susah nak explain sebenarnya. Tapi pada sy, komunikasi tu penting dalam perhubungan. Lagi-lagi hubungan jarak jauh macam ni.



14. trust
Pape pn yg sy buat, awk akan cakap xkesah. Kadang-kadang sy sengaja je nak buat awk jeles, tapi apekan daya. Awk xpernah nak jeles. Kawan sy cakap awk kayu. Tapi sy xkesah la. Dulu-dulu kala ade jugak sy terpikir betul ke awk ni suke sy. Yelah, awk xpernah jeles. Bukan ke jeles tu tande sayang?? Tapi lama-lama, baru la sy paham. Awk bukan la jenis yg suke amek kesah benda remeh-remeh ni. Banyak lagi benda yg lebih penting. Yg memerluka pemerhatian sepenuhnye dari awk. And the best thing is XKESAH ni la kita boleh bertahan selama ni. Kan3.. tahniah untuk kite. :p

15. setahun sekali



Ye!! Setahun sekali je kite jumpa. Sedihnya. Bila dah jumpa, mula la berat ati nak jauh balik.:( dapat luang mase sekejap je. Tapi ktorang xde la jumpe berdua. Beramai-ramai. Masing-masing macam shy-shy cat je kan3. Lagi-lagi awk la..:P kita pergi karok. Faizal tahir-hanyut, kau yg bernama seri, SO7-berhenti berharap n lagi 1 xingat. Seronok. Tapi sy xsuka karok sambil berdiri. Selalu kena duduk. Baru la boleh sumbangkan lagu. Hehe




Kita banyak share suka n duka. Maybe banyak yg suka then duka kot. Cerita-cerita awk buat sy gelak. Cara awak xsama dengan orang lain. Awk xmanjekan sy macam family and kawan-kawan sy. Awk selalu TEGAS and kadang-kadang sy terase. Tapi sekejap je. Rajuk sy kat awk xpernah lame. Jangan risau la k. Ape yg penting, sy selalu berharap awk ade time sy perlukan awk. Ade skali tu, sy betul-betul sedey tapi awk xde. Sy rase lain. tapi ape pun sy tetap happy dengan awak.. :) thanks sangat-sangat..



Hehehe.. so, amacam? Korang ade terase citer ni same macam citer chenta korang x?? Sebenarnye ni bukan la ceritera chenta aku walaupun ade watak lakon layar bername BELLA di situ.. trust me.. Thats not me.. J aku macam tertarik nak paste story ni kat sini sebab aku rase cerita ni macam selalu terjadi kt orang sekeliling aku and aku sebenarnye nak memenuhkan wall entry aku ni..  Biase la, kerja pemerhati durian gugur ni memang banyak waktu berlalu secara misteri.. Agak-agak sweet ke macam ni?? Err.. honestly aku lebih suka yg macam ni.. no I LUV U.. wow.. diorang msti saling percaye n xcuriga.. thats why la diorang bertahan.. Kalau la aku ade buah ati pengarang jantung macam ni.. Part gitar paling best kot.. Tapi mampu ke? Mampu ape pulak ni?? Ok lupekan. Xmo melalut lebih jauh..