senyuman, tangisan, coretan liku kehidupan.. sekadar mencari ruang yang sempit untuk berkongsi cerita.
insan yang tidak sempurna tapi disempurnakan oleh kamu.

tentera-tentera ku.. :)

Wednesday, November 17, 2010

insan biasa







Hidup sendiri
Sunyi dan sepi walau bingit menyelubungi
Senyum tawa tirai penawar
Siapa mengerti gelora di hati


Aku pergi aku kembali
Mengubah suasana menyulam keringat
Sahabat dihubung musuh dibenihkan
Kenapa mesti aku?
siapa aku?


kenangan mendidik diriku
dari insan biasa menjadi aku
menjadi aku-insan biasa
yang punya hati dan naluri
tak siapa tahu hiba di hati
tak siapa lihat sendu di wajah
tak siapa dengar rintih di dada.


menjadi diriku yang serba biasa
walau ramai yang hadir aku tetap aku
aku insan biasa
aku tak punya apa-apa
semua bukan milikku
semua hanya pinjamam semata
semua akan dikembalikan


ujian demi ujian
halangan demi halangan
aku semakin dewasa
aku semakin hiba
aku semakin terluka
kerana aku hanya insan biasa


aku insan biasa

Tuesday, November 16, 2010

baru ke?

ini la blog baru aku setelah melenyapkan blog yg lama..hope untuk aktif semula mnulis blog as my other diary..maybe ade yg dh kenal aku kt sni..mnulis untuk suke2..orang kate orang yg rajin mnulis ni suke memendam..bukan nk mengiyekan..tp pd aku blog ni salah 1 cara untuk aku meluahkan segala2nya yg berlaku sekitar aku..blog jugak leh jd arkib aku..bila bosan boleh coret balik kisah2 n kenangan lalu..aku mmg suka menulis..diary aku adalah harta aku yg paling berharga buat aku..wish me luck!!