senyuman, tangisan, coretan liku kehidupan.. sekadar mencari ruang yang sempit untuk berkongsi cerita.
insan yang tidak sempurna tapi disempurnakan oleh kamu.

tentera-tentera ku.. :)

Wednesday, May 25, 2011

13 ALASAN TIPIKAL WANITA YG TIDAK MENUTUP AURAT

Orang yang telah menyuci-bersihkan hatinya hanya mampu berdiri di luar pintu Rahsia Allah s.w.t selagi dia belum bertaubat

Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau. 

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa. 
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku. 

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.


“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”
Once again today,
 my memories cause me to lose my way
Then at the end of the road, i get up slowly
I cant see you anymore 
but you still have me in you grasp
So once again i ask for directions for the way
I want to see you, i want to hold you
I pray to the heaven  for you
It cant be anyone but you
I cannot be without you
Whether its a day, a month, or a year
Even if i hurt, its alright
Even if my heart break, its okay
Since i love only you


Thursday, May 19, 2011

i'm in love :)

Sy dah jatuh cinta kat awak!! Awak dah kena minyak dagu sy!! Padan muka awak..:p walaupun ‘I LOVE U’ itu xpernah wujud antara kita, tapi kita berdua tau ianya wujud. Kita x buat benda-benda sweet yg orang lain sibuk nak buat. Tapi kita still bertahan. Still bertahan dengan cinta jarak jauh kita ni.


awak istimewa buat saya.
Pengganti sahabat yang telah pergi.
Awak datang tanpa di undang.
Datang secara tiba-tiba.

Oleh sebab awak mintak and sy memang kebetulan sedang ringan tulang, so sy buat la entry ni untuk awk. bace ssampai abes tau!! Sy pilih untuk buat pasal kenangan kita as human being. hehe.. Antara memori kita:

1. MMS
Mesej pertama merupakan MMS maal hijrah. Xtau la sama ada awk still ingat or x. Tapi sorry. Sy x perasan. Sy ingat maxis yang bagi. Hehe.. So, sy just ignore. And xtau la bile mase sy sedar awk yang bagi mesej tu. Mase berlalu macam tu jela. Maybe masa tu awk pun xberharap sangat kot sy reply. I hope so.

2. selamat hari raya, maaf zahir batin
Sehari sebelum raya maybe. Awk wish selamat hari raya. Normal thing that peoples do nowadays. Just send msg and say sorry for everything and bla bla bla. Rupa-rupanye, mesej tu xterhenti kat situ je. Berlarutan sampai la sekarang.

3. pantun reban ayam xde pintu
how come reban ayam xde pintu?? haha.. Seriously, i’ll never forget this. Even sy dh delete mesej 2. (Sory again). Kelakar bila ingat balik. Sy xtau pulak mesej tu orang lain xdapat. Pantun yang awk reka. Pantun gudluck exam. Kihkihkih. Still smilling right now k. Sy pulak pergi forward msg tu kat orang lain. Makanye, terjadilah fenomena alam- kontroversi liar.

4. gitar n music

1 lagi pengantara kita. Well u know why. The story i borrow it. Meeting senyap-senyap berempat dengan kawan kita. The moment u play the gitar on the phone. Even tune memang lari and sy xdapat nak tangkap lagu ape yang awak main. Aizat-susun silang kata. Manbai-kau ilhamku. Plain white t’s- 1234. Rahim maarof- cinta Kristal.

5. phone call
Sy tau awk malu.hehe..:p Boleh dikira bape kali je awk call sy. Tu pun atas sebab-sebab penting. 1st, sebab nak bgtau jawapan soalan fizik. Lepas bgtau terus say bye. Then, untuk main gitar. Tu pun just main gitar n cakap xsampai 1 minit n bye. Lagi, xde kot. Lagi 1, sy yg call sebab wish befday. Yang ni pun xsampai 1 minit. Kelakar k. Nampak sangat gelabahnye.



6. prank
“jgn bgtau budak2 ni aku nyorok ktne” lebih kurang macam tu la kot. “meh la dtg blok E.. tapi kena pakai skirt la.haha”. ingat x? Malam tu befday awk. So, sudah menjadi lumrah la awk akan di’prank’ secukup-cukupnye sebagaimana awk buat kat orang lain. Haha. Padan muka kena simbah dengan segala macam bahan campuran penuh berperisa.

7. photo shoot
Hahaha.. kejadahnye photo shoot segala bagai ni?? Ingat x? Yg lepas annual dinner tu la. Lepas annual dinner kite bergambar. Amboi3.. orang lain sibuk nak balik, kita sempat lagi bergambar. Seronok..:p siapa lagi yang jadi mangsa kalau bukan ‘kembar’ sy.

8. topic?? Next??
Hehe.. words yang wajib ade. Kan3.. and of course la sy yg selalu jadi mangsa. But, its ok. Kadang-kadang ada jugak topic-topic bernas and membangun dari awk.. cewah~~ yeke? Daa~~ ape pun, macam pelik. Ade je topic bernas dari SAYA :p yg mencipta suasana membosan bersama. Hee~~

9. rajuk ku, rajuk mu jua


rajuk ku bukan suka
rajuk ku bukan lah lama
tunjukkan kau suka
berikan rasa apa itu cinta

APEKAH?? Grrr.. hehehe.. peewiitt. Ini lah 1 lagi fenomenapelik benajaib yg selalu menimpa. Rajuk sy xpernah menjadi. KACIWA betul :( . acah jela. Tapi bagus jugak la untuk kita yg sememangnye terang lagi bersuluh FAILED bab-bab pujuk-memujuk. Nyanyi lagu spider-relaku pujuk jela nanti ea. Selalunye bila merajuk mesti xmenjadi. Nak tau kenape? Sebab awak akan Nampak perkara lain yg membuatkan awk ade peluang untuk merajuk or marah yg menyebabkan sy menghempas tuala putih tanda kalah tanpa bertanding. Kadang-kadang awk marah pulak. And seriously sy xsuke itu macam meyh. Sy takut. Heee~~

10. big apple donut
Nak tanye. Ini hadiah befday ke?? Haha. Mase tu befday sy baru je lepas kan3. lebih kurang jam 1915, kawan kita mesej sy. “bella, bila nak amek hadiah ko kat aku ni?”. Actually lambat perasan mesej tu. Mane x nye, maghrib kottt~~ then,mesej kedua datang..jeng3.. “bella, ko nak ke x hadiah ni?”. Mase ni baru sy perasan. Dengan sepantas kilat sy membalas and bermula soal siasat n bla bla bla. Macam biase la. Awk akan guna orang tengah. Segan a tu. Sebenarnye, sy xsuka sangat benda manis-manis ni. Tapi sy habiskan jugak donut 2. Btul ni xtipu. Tapi sy share dengan roommate la. Hehe.. TQ

11. past-year Q&A
Cewah.. taktik ke ape ni?? Hehe.. tau dah jawapannye bukan. Ni namenye inisiatif mereka-mereka yg malas nak cari jawapan sendiri. Well, normal la student copy-copy jawapan. Betul x? Betul3..:p awk naikkan semangat sy untuk terus maju. Sy harap sy pun boleh jadi semangat untuk awk study rajin-rajin. Yeayhh!! Chaiyok3!!

12. lagu bikin panas


Bila dah banyak sangat story yg dikongsi, mulalah tercetusnye idea yg xdiduga. Aerosmith-i don’t wanna miss a thing, Bruno mars-just the way u are, grenade. Semuanya telah dirancang tapi apekan daya. Misson failed!! Hahaha.. apela.. kelakar tapi for your information, sy betul-betul bagi lagu tu kat awk.

13. jeles
Biase la tu. CEMBURU tanda SAYANG!! Xtau la kenapa. Ade certain thing yg buat sy cemburu. Kadang-kadang, cemburu yg membuak-buak. Xtipu ni. Ok persetankan semua tu. Susah nak explain sebenarnya. Tapi pada sy, komunikasi tu penting dalam perhubungan. Lagi-lagi hubungan jarak jauh macam ni.



14. trust
Pape pn yg sy buat, awk akan cakap xkesah. Kadang-kadang sy sengaja je nak buat awk jeles, tapi apekan daya. Awk xpernah nak jeles. Kawan sy cakap awk kayu. Tapi sy xkesah la. Dulu-dulu kala ade jugak sy terpikir betul ke awk ni suke sy. Yelah, awk xpernah jeles. Bukan ke jeles tu tande sayang?? Tapi lama-lama, baru la sy paham. Awk bukan la jenis yg suke amek kesah benda remeh-remeh ni. Banyak lagi benda yg lebih penting. Yg memerluka pemerhatian sepenuhnye dari awk. And the best thing is XKESAH ni la kita boleh bertahan selama ni. Kan3.. tahniah untuk kite. :p

15. setahun sekali



Ye!! Setahun sekali je kite jumpa. Sedihnya. Bila dah jumpa, mula la berat ati nak jauh balik.:( dapat luang mase sekejap je. Tapi ktorang xde la jumpe berdua. Beramai-ramai. Masing-masing macam shy-shy cat je kan3. Lagi-lagi awk la..:P kita pergi karok. Faizal tahir-hanyut, kau yg bernama seri, SO7-berhenti berharap n lagi 1 xingat. Seronok. Tapi sy xsuka karok sambil berdiri. Selalu kena duduk. Baru la boleh sumbangkan lagu. Hehe




Kita banyak share suka n duka. Maybe banyak yg suka then duka kot. Cerita-cerita awk buat sy gelak. Cara awak xsama dengan orang lain. Awk xmanjekan sy macam family and kawan-kawan sy. Awk selalu TEGAS and kadang-kadang sy terase. Tapi sekejap je. Rajuk sy kat awk xpernah lame. Jangan risau la k. Ape yg penting, sy selalu berharap awk ade time sy perlukan awk. Ade skali tu, sy betul-betul sedey tapi awk xde. Sy rase lain. tapi ape pun sy tetap happy dengan awak.. :) thanks sangat-sangat..



Hehehe.. so, amacam? Korang ade terase citer ni same macam citer chenta korang x?? Sebenarnye ni bukan la ceritera chenta aku walaupun ade watak lakon layar bername BELLA di situ.. trust me.. Thats not me.. J aku macam tertarik nak paste story ni kat sini sebab aku rase cerita ni macam selalu terjadi kt orang sekeliling aku and aku sebenarnye nak memenuhkan wall entry aku ni..  Biase la, kerja pemerhati durian gugur ni memang banyak waktu berlalu secara misteri.. Agak-agak sweet ke macam ni?? Err.. honestly aku lebih suka yg macam ni.. no I LUV U.. wow.. diorang msti saling percaye n xcuriga.. thats why la diorang bertahan.. Kalau la aku ade buah ati pengarang jantung macam ni.. Part gitar paling best kot.. Tapi mampu ke? Mampu ape pulak ni?? Ok lupekan. Xmo melalut lebih jauh..

  

Wednesday, May 18, 2011


“keinginan membuak-buak seperti sedang mengidam.. 
SAPE NAK JOIN AKU REPAIR MATH KEJUT II WEYH!! MOH LA KITE!! :'''''') “

lebih kurang gitu la tempelan ayat yang menghiasi ruang laman social aku.. and of course la ramai yang boleh mengagak punca, sebab dan yang sama waktu dengannye.. kenapa? Mengapa? Dan bagaimana? Oohh apekah?? Hanye tuan empunya jasad yang mengetahui jawapan yang sebenar-benarnye..

Memang cepat result-result final exam terpancul.. even pointer belom lagi dikeluarkan, setiap student dh boleh membuat anggaran pointer diorang based on gred yang dah keluar.. kne kira jam kredit n bla bla bla.. and setelah dihitung darab bahagi menggunakan tulang jari jemari, sah!! Pointer aku gedebuk-gedebuk tergolek masuk gaung Somalia..



ceyt!!  “teruk mane sangat la result ko 2” , “ala..truk ko 2 parat mn jer pon..bp result ko 2??meh ak ase truk mne” , “eleh bella, yek la tu teruk” , “blah la ko bella.. teruk konon.. nmpak beno nipunye”.. ok, itula antara kata-kata keramat penuh duri yang selalu dilemparkan oleh sahabat-sahabat aku.. and bile diberitakan kebenarannye, baru la mereka terdiam.. ceyt!! Dush3!!

Firman Allah SWT menerusi ayat 45 surah al-Baqarah, bermaksud: “Jadikanlah sifat sabar dan solat sebagai penolong kamu. Dan sesungguhnya yang demikian itu amat berat, melainkan kepada orang-orang yang khusyuk.”
Dalam ayat 153 pula, Allah menjelaskan maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, jadikanlah sifat sabar dan solat sebagai penolong kamu, sesungguhnya Allah beserta dengan orang-orang yang sabar.”

sabo jela bella.. cyaiyok2!!! Ape pun, aku sangat2 la bersyukur sebab even gred subjek buah ati pengarang jantung 3 KREDIT aku ni teruk, rupa-rupanye ade lagi yang lebih teruk.. ALHAMDULILLAH.. and ini jugak merupakan PENGAJARAN buat aku.. gred aku teruk maybe sebab aku gelabah sangat study sampaikan aku TAK TIDO and aku BLANK  mase dalam dewan.. seriously aku xpernah rasa SELAMPI itu mase jawab math.. and lebih menyedihkan bila abes exam, semua orang cakap ‘SOALAN INI N ITU SENANG’.. what the fishing rod.. rupa-rupanye aku sorang je yang rase soalan tu susah.. memang sedih xterkate la.. and at that time aku dh menjangkakan gred aku jatuh and terbukti ari ni..



Tapi xkesah la semua tu.. aku terime(tipu).. haha.. redho jela.. benda dh lepas, ade hikmah disebaliknye.. and antara factor, aku boleh terima adalah baris-baris ayat pujian blab la bla dari kawan-kawan aku.. ok tipu lg.. kata-kata semangat la weyh!! Hehe.. ni la antara ayat-ayat penghapus lara aku:

---> “awk xmau la sdeyh2 ye..satu subjek je tu..yg len ade pluang ag,, xyah la harap mrkah tgi sgt..yg pnting ilmu tu dpt..kalo mrkah tgi ilmu x lkat wtpe kn..awk tng je ye..”
hanya mampu tersenyum.. betul sangat ape yang die ni ckp.. tq2

---> “xpe2...usha lg..don wory.. bersyuko2..wjib..at least ko ats 2.5 k..”
kalo bawah 3.0 pn aku dah suh mak aku kawinkan aku la beb..ceyt!!

---> ”aku lg rendah la beb.. ko sabar jela.. dugaan semua 2.. len kali jangan la xtido lg.. dh2.. bende yg lps jgn di kenang.. stress ko nti”
yela..ayat biase.. stress aku.. hehe


TERIMA KASEH semuanye.. feel much-much better now.. even lebih pahit  dari hempedu kambing n bla bla bla.. moral of the story, jangan la study kuat sangat sampai xtidur lebih-lebih lagi subjek-subjek yang memerlukan kerjasama yang padu dari otak anda.. yeayhh!! Majula sukan untuk sekolah..

p/s: Allah tidak akan mnurunkan dugaan yang melebihi kudrat hambaNYA.. sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi.. 

wassalam

Tuesday, May 17, 2011

saya X bosan :)


K.E.B.O.S.A.N.A.N yg melanda melanda membuatkan aku serba salah.. cewahh.. apo konanyo nak serba salah.. bosan-bosan ni aku mulalah buat benda-benda mengarut.. menyelongkar alam siber mencari sesuatu yang berguna di masa hadapan.. ok itu tipu belaka.. ni la hasil xseberapa dari usaha tulang berapa kerat aku yg xberapa nak membesar yang aku dapat.. peace on the world :)


(BINI)
Kalau dapat bini muda nampak BABY DOLL.
Kalau dapat bini sederhana muda pulak nampak BARBIE DOLL.
Tapi bila dapat bini tua nampak PANADOL!!!


(PUTUS)
dol : aku ngan awek aku dah putus,pastu dia kirim pic dia peluk jantan lain
sarip : mak aih dasatnya
dol : tu pasal la aku hantar pic tu kat bapak dia


(BANDUAN)
pada suatu mlm..seorg banduan telah berjaya melarikan diri dari sebuah penjara...dengan masih berpakaian jalur hitam putih ..banduan tersebut telah memecah masuk sebuah rumah bg menggantikan baju dan mendptkan wang ringgt ... kebetulan pula dirumah terbabit..Ali,pemiliknya sedang ehem2 dgn isterinye...terkejut dgn banduan itu..mereka tdk sempt berbuat ape2 melainkan mengikut arahan banduan tersebut yg bersenjatakan parang kontot... selesai mengikat isterinya di katil...Ali di ikat pula di kerusi oleh banduan tersebut... tiba2..banduan tersebut naik ke atas bdn isteri ali lalu mencium leher isterinya dan kemudiannya pergi ke tandas...melihat keadaan itu..Ali terus berbicara:
ali:" syg...banduan tersebut nmpk menakutkan...syg bg jela ape yg die nk ok...syg jgn risau ok..abg tetap akan cintakan syg..."
isterinya: "tetapi syg lg risaukan abg.... sebb die telah berbisik dgn syg mengatakan abg sgt comel..dan die adalah gay.... die bertanyakan vaselin dan tgh mencarinya skrg.. abg bg jela ape yg die nak ok...abg jgn risau..syg tetap akan cintakan abg.."


(LAGU SEDIH)
seorang budak call dj radio
budak : hello bang saya terjumpa dompet berisi 1000,nama kat dalam ic MAMAT BIN TULU
dj : adik nak pulangkan ker dompet tu
budak : eh x lah, saya cuma nak tujukan lagu sedih jer,kat dia


(PASSWORD)
Ahmad baru saja membeli laptop. Langkah pertama setelah membeli laptop, dia menetapkan pasword untuk keselamatan laptopnya. selepas itu dia membuat salinan pasword itu di dalam miscrosft word lalu save di my document laptopnya agar dia tidak lupa paswordnya. 

Malam itu laptopnya hilang. dia mula risau jika orang yang mengambil laptop itu terjumpa pasword yang disimpan di my document laptopnya. lalu dia mencari laptopnya itu sampai pagi. akhirnya, pada pagi itu, dia menjumpai laptopnya kembali iaitu di rumah jirannya (selang beberapa rumah dari rumahnya). Rumah itu tiada orang. selepas dia msuk ke rumah itu, dia membuka laptopnya dan menukar paswordnya agar orang yang mengambil laptopnya itu tidak dapat membuka laptopnya dan yang paling penting tidak dapat menjumpai salinan pasword yang terdapat di my document laptopnya. setelah selesai, dia pun pergi meninggalkan rumah itu dan membiar laptopnya di situ lantas melangkah pergi dengan laju. 

dia bermonolog dalam hatinya:

"Fuhh lega aku... nasib baik aku da tukar pasword laptop aku... jadi selamat la salinan pasword yang aku simpan semalam... bodoh punya orang, dia xtahu yang aku da tukar pasword laptop aku." dia ketawa kecil dalam hatinya....




(FIRASAT MAT REMPIT)
Hari tu mlm minggu.si mat rempit ni nak lepak ngan kwn2 dia kat dataran. so mse otw atas hgway mat rempit ni xguna laluan motor (namapun rempitkan).dipendekan cite polis pun tahan mat rempit nie sbb xguna laluan moto
polis:nape xguna laluan motor (tny polis dgn muka yg serius)
rempit:erm...(tgah cari idea) ha cmni tok, saye ni de ilmu firasat,firasat saye pd mlm ni mengatakan kalo saya guna laluan moto saya akan kne samun tok (sambil tersengih yakin polis tu akan lepaskan die)
polis:oyeke,so pe firasat awak kate pulak bl jumpa dgn saya ni?
rempit:erm firasat sye mengatakan encik nak smthing dari saye (ala polis ni nak rasuah ler ni detik hati kecilnya)
polis:yap,kasi sekarang!
rempit:(dgn perlahan seluk poket dan keluarkan rm50 dan ksi kpd polis)
polis:pang!!oit bodo aku nak IC ko nak tulis surat saman ni bukan nak rasuah (xpasal -pasal si rempit kne pelempang free mlm tu)



(RAJA TAKUT BINI)
Al-kisahnya, pada zaman dahulu kala, seorang Raja yang takut bini, telah memerintahkan sekelian rakyatnya, LELAKI sahaja, berkumpul di suatu tempat seumpama stadium zaman sekarang.
Titah Raja: Wahai sekelian rakyat beta, sesiapa yang takut bini, semua berkumpul di sebelah kanan beta. Dan, sebaliknya, di sebelah kiri beta.

Maka, tanpa berlengah kesemua yang hadir berkejaran ke sebelah kanan Baginda, kecuali seorang sambil memeluk sebatang tiang.

Titah Raja (dalam hati): Hari ini aku dapat ilmu tak takut bini.
Titah Raja: Wahai saudara, kemari mengadap beta.
Lelaki: Tuanku lah ke mari ke tempat patik.
Titah Raja: Eh! Kamu lah kemari.
Lelaki: Tuanku lah kemari
Titah Raja: Heh! Aku Raja kamu. Kamu kemari.
Lelaki: Tuanku lah kemari.
Titah Raja (dalam hati): Tak pa, ilmu punya pasal aku pergi.

Lalu Baginda pun mencemar duli ke tempat lelaki tadi. Sesampai sahaja di tempat lelaki tadi, Baginda pun bertanya.
Titah Raja: Apakah rahsia sebenar kamu, tidak takut bini ?
Lelaki: Sebenarnya tuanku, patik lah orang yang paling takut pada bini.
Titah Raja: Kan tadi Beta telah arahkan, sesiapa yang takut bini ke sebelah kanan Beta. Kenapa kamu tidak menurut perintah Beta ?
Lelaki: Sebenarnya tuanku, ISTERI patik telah berpesan kepada patik supaya,Tunggu ditiang ini dan jangan ke mana-mana sehingga dia datang.


(DOA MAKAN)
“Alkisah… .. Seorang lelaki islam ponteng sembahyang Jumaat, sebaliknya dia masuk hutan untuk memburu beruang.Sedang dia terhendap2 di dalam semak, tiba2 dia berlanggar dengan seekor beruang.

Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur ke dalam jurang. Dia pula tergolek ke arah lain, jatuh ke atas batu dan KRAKKKK! Kedua2 kakinya patah. Jangan risau .. ini bukanlah berita buruk ok. Ada lagi .. Berita buruknya adalah beruang tadi terus menghambatnya, sedangkan dia dah tak boleh bergerak lagi.

"Ya Allah,” doa lelaki tersebut,”Ampunilah dosaku kerana ponteng sembahyang berjemaah pada hari Jumaat yang mulia ini .. Ampunilah aku ya Allah..makbulkan hajat ku ini.. jadikanlah beruang yang memburuku Muslim yang beriman .. tolong ya Allah! Aminnn..”

Tiba2 guruh berdentum! Beruang tadi tiba2 terhenti betul2 di hadapan lelaki tadi. Sambil menadah kedua2 kaki depannya ke langit .. beruang tersebut pun berdoa,

“Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qina azabbannar.Amin! “


(BIJAK)
MOSTI sedang mencari angkasawan utk dihantar ke marikh. Walaubagaimanapun, mereka hanya boleh pergi sahaja, dan tidak akan pulang ke bumi.
Calon pertama, seorg engineer di tanya berapa banyak wang yg dia mahu."Sejuta" jawapnye "Saya nak sumbangkan utk anak-anak yatim."
Calon seterusnya adalah seorg doktor. Dia juga di tanya soalan yg serupa. Dia menjawap, dua juta ringgit. "Sejuta saya nak bagi kat family saya. Yg sejuta lagi saya nak derma utk buat research dan experiment."
Calon terakhir adalah seorg peguam. Bile ditanya berapa banyak yg dia mahukan, dia berbisik ke telinga panel temuduga, "3 juta ringgit."
"Kenapa lagi banyak dari yg lagi dua calon?" penemuduga bertanya.
Peguam itu menjawap, "Kamu bagi saya 3 juta. Saya bagi kamu sejuta, Sejuta saya amik. Kemudian yg sejuta lagi tu, kita guna utk hantar engineer tu ke marikh"


(BAIK HATI)
kerana sudah berasa insaf, Rizal pergi kesebuah surau untuk mendengar ceramah agama. Ketika tabung derma di edarkan, dia dengan segera membuka dompetnya dan memasukkan RM2 ke dalam tabung derma itu.
Tiba-tiba, seorang pak cik yang duduk di belakangnya menepuk bahunya dan memberikannya duit sebanyak RM200 kepada Rizal. Rizal tersenyum. Dia mengambil duit itu dan memasukkan kedalam tabung derma itu juga. Rizal menoleh dan berasa kagum dengan kemurahan hati pak cik itu . Tidak berapa lama kemudian, pak cik dibelakang Rizal kembali menepuk bahunya dan Rizal mendengar bisikan dari pak cik itu

"Encik, kata pak cik tersebut, duit RM200 itu sebenarnya terjatuh dari beg duit encik tadi".



(MURID PINTAR)

Disebuah tadika yg baru seminggu menerima murid baru, seorang guru cuba utk mengkaji pengetahuan sedia ada murid2nya.

Guru : murid2 semua, hari ni kita belajar mengenal nombor. ckg akan tanya beberapa soalan, sapa tau jawapannya, sila angkat tangan.
Murid2: baik ckg.
Guru: soalan pertama, selepas no 1, no brp?
Murid A angkat tgn dan terus jwb: no 2 ckg.
Guru : bagus. soalan kedua, selepas no 5, no brp?
Murid A angkat tgn dan terus jwb: no 6 ckg.
Guru : ok bagus, kalau boleh murid2 yg lain pun cuba jwb ye. soalan ketiga, sebelum no 9, no berapa?

Seleps senyap sekejap....
Murid A angkat tgn lagi dan terus jwb : no 8 ckg.
Guru : bagus. awak mmg pandai. sapa ajar awak?
Murid A : ayah saya ckg.
Guru : hmmm, bertuah awak dapat ayah yg rajin ajar anak2. baiklah, ckg test awak satu soalan lg ye.
Murid A : baik ckg.
Guru : selepas no 10, no berapa?
Murid A dengan pantasnya menjawab : Joker ckg.

hehe.. walaupun xlawak mane, tapi cukup la buat bekalan bosan aku ni.. at least xde la blog aku ni berlapok dek habuk kilang kayu sebelah uthm terchenta tu.. kan3.. :) 

time cuti macam ni la aku boleh melalut, merapu, meraban and meroyan sesuka suki sanubari aku.. bila dh start kuliah nanti xde la peluang nak meronggeng, berkaseh sayang dengan blog ni.. betul x.. bagus, semua angguk-angguk kepala.. peace.. :)