senyuman, tangisan, coretan liku kehidupan.. sekadar mencari ruang yang sempit untuk berkongsi cerita.
insan yang tidak sempurna tapi disempurnakan oleh kamu.

tentera-tentera ku.. :)

Monday, December 10, 2012

father.mother.i.love.you [FAMILY]

assalamualaikum..
semalam selepas 'berkhidmat masyarakat' di hospital bp, aku berjimba jimba bersaman adik n akak kesayangan. :D kejadian menyampahkan bersama doktor PELATIH yang berjaya dijeling terus dilupakan. time kat hospital lagi angah  dah mesej ajak pergi ayer itam tapi nak buat macam mana, dah ada program. so angah pergi la sana dengan aiman je. petang tu time makan bersama Dawai Besi and Amal Ahamd, aiman call ajak g main bowling.. wow!!! seronok!! hehehhe

akak origami
fon call:
adik:bella, nak g main bowling ni. nak ikut x?
aku: (suara excited) nak main kat mana? dengan sapa?
adik: adik dengan angah la. kat sini(bp) ada tempat main bowling x? (suara excited gak)
aku: ade la. adik reti main ke?
adik: reti la. semalam adik ikut angah g main bowling. adik dapat 50. nanti bella tunjuk jalan ea. (sebab angah selalu lupa jalan. 10 kali datang sini, 10 kali la dia tanya jalan =.=")

kat rumah sewa aku:
adik: (nampak kotak mcD. *bukan milik aku ye) kenapa x boleh makan mcD? x halal ke?
aku: sebab mcD tu israel punya. kalau adik beli mcD, maknanya adik beli bom. (dia memang dh paham pasal israel walaupun kecik lagi :D)
adik: yeke? macam x caya je. (g kat kotak tu, telek telek sana sini) xde tulis pun.
aku: =,="
*budak ni walaupun umur setahun jagung, dia suka bertanya. soalan dia pulak kadang kadang boleh capai tahap profesor dan membuatkan orang terdiam, kelu, kedu, pengsan.

nampak pelangi:
aku: adik!! tengok tu ada pelangi. *sambil tunjuk tunjuk
adik: bella tunjuk pelangi tu? jangan tunjuk la. nanti jari hilang. *ayat time kecik kecik. :)
aku n angah: *makin ligat dok tunjuk tunjuk, gelak
aiman dan bakal pengantin

sangat la seronok bergelak ketawa melayan kerenah aiman. aaku layankan je. setelah berjaya mengharungi banjir kilat di batu pahat, akhirnya kitorang sampai jugak kat bp mall tu.
starting ambil 2 game. mula mula aiman cakap nak 3 game tapi kitorang takut dia xlarat. tapi last last setelah ditambah dan tambah, akhirnya dia main 4 game. 4game ye kawan kawan. main hujung minggu. di'sponsor oleh bakal pengantin kita. :D aiman berjaya pecah rekod sendiri dapat 68point. jangan pandang rendah kat dia. balik dia mintak coolblog blue ape jadah ntah nama dia. aku layankan lagi. beli je untuk dia.

lepas tu kitorang g makan kat kedai kuning. macam biasa, diorang kalau makan mesti nak amik set lauk. so aku order siakap 3 rasa, kailan ikan masin, sotong goreng tepung. ni memang menu wajib diorang. siap makan, duduk tunggu aiman habis makan. tiba tiba aku rasa nak balik. aku pun terus la cakap, "nak ikut balik la. stress". aiman terus excited. 

malam tu melayan aiman sampai kul 2 pagi. melayan angah bebel gubah hantaran dia. mak dengan alang sebuk pasang langsir. sarah bising rebut bola dengan aiman, lari keliling rumah. sangat sangat la tenang. pagi tu rasa x nak bangun je. xnak balik u. xnak belajar lagi. nak duduk rumah je. serius rasa nak menangis. *macam time asrama dulu. dengan berat hati aku balik jugak pagi tadi. skip kelas hydrology sebab bas lambat setengah jam. orkid oh orkid.

"ya Allah, permudahkanlah urusan kami di dunia dan akhirat. hanya kepadaMu kami bergantung, berharap dan meminta pertolongan. sesungguhnya aturanMu adalah sebaik baik pengaturan."

Saturday, December 8, 2012

kembali ke dunia bebel sorang sorang

assalamualaikam.. :D
alhamdulillah masih menyedut oxygen pemberian yg Maha Esa.. *pending pikir nak taip ape*

lama dah x bebel sorang sorang.. kesian gile ayat 
alhamdulillah mampu berjalan sampai masuk minggu ke 12 sem 5 di parit king. mampu berjalan tapi emosi kadang kadang tergolek golek kecundang di sudut gelap. huhu
lumrah la masuk minggu minggu akhir ni macam macam dugaan berpusu pusu nak ngorat. gatal sangat gayanye.


sem ni xbanyak assignment pun tapi projek menimbun nimbun. almaklumlah banyak subjek 2 kredit yg cuba menonjolkan diri seperti subjek 3 kredit. ape aku melalut ni?
sem ni jugak aku berjaya mencipta rekod x balik kampung untuk tempoh masa yg panjang. hebat kan. sila tepuk tangan :D ujian lain yg perlu aku tempuh secekal mungkin adalah lecturer yg kurang, kurang dan kurang. paham paham sendiri la ye. merungut ke aku? berdosa ke aku sebab rasa marah yg amat pada guru yg mengajar? test aku dapat markah paling rendah yg mana kalau diikutkan aku patut drop subjek tu. memang aku rase nak nangis time tu. sebab subjek tu memang aku blur seblur blurnye. ini serius!! *hamboih

kepada kawan kawan, maafkan aku sebab selalu buat muka, jeling, marah, buat perangai dan sebagainya. sehingga membuat korang berkecil hati, terkilan dan yg sama waktu dengannya. walaupun x terungkap tapi aku sedar korang banyak makan hati dengan aku. terutama dear roomate. maaf yg amat sangat. tulus dari hati. :( semoga masih mampu bertahan sebagai sahabat untuk seberapa detik lg. aku sayang korang. terima kasih sangat sangat untuk semua yg masih sudi bersama ketika jatuh dan tersungkur. untuk yg hanya datang untuk meraih ilmu, jangan risau aku ikhlas untuk kau. dan aku doakan kau sentiasa berubah. perubahan yg istiqamah, bukan perubahan bermusim.


"ya Rabbi, maafkanlah hambuMu ini sekiranya hati ini sering merungut terhadap ketentuanMu. tetapkanlah hati ini untuk terus yakin dengan ketentuanMu. sesungguhnya itulah yg terbaik buatku dariMu. " :')

untuk sahabat tercinta, i love u ollss. ini hanya sebahagian. :D