senyuman, tangisan, coretan liku kehidupan.. sekadar mencari ruang yang sempit untuk berkongsi cerita.
insan yang tidak sempurna tapi disempurnakan oleh kamu.

tentera-tentera ku.. :)

Saturday, December 28, 2013

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”

aku tak cemburu dia
aku benci dia
kerana membuat kamu jadi begitu
:)


Saturday, December 14, 2013

repeating again and again
sometimes, it's better not to know
it's your privacy
my bad

*can change password 
=)
mohon tetap jujur pada diri
mohon tetap seperti dulu
mohon terus bersama
mohon tetap mencinta

wahai hati
mohon setia
mohon bahagia
mohon bersangka baik

dear others,
yes, its you
 STAY AWAY!!

Wednesday, December 11, 2013

Friday, November 15, 2013

yang ingin membuatmu bahagia

inilah aku apa adanya
yang selalu ingin membuatmu bahagia
maafkan bila ku tak sempurna
sesempurna cintaku padamu

langkah sering terpesong
fikiran sering terbuai
hati sering tersakiti
tingkah sering ternoda

maafkan aku sering melukakan
maafkan aku sering mengulangi
maafkan aku sering menduga
maafkan aku sering tidak mengerti

keinginan kamu sering ku salah erti
kepercayaan kamu sering dikhianati
maafkan aku tidak mengerti
maafkan aku sering disalah erti

kenapa harus memilih sendiri?
kenapa harus memilih berpura-pura?
kenapa harus berdiam diri?
kenapa harus begini?

itu lebih menyakitkan
lebih membuat aku bersalah
membuat aku terasa jauh
aku bukan siapa-siapa

Thursday, November 7, 2013

harapan

tak punya harapan
tak bina harapan
tak lagi punya jiwa
tak lagi mahu tawa

berhenti berharap

Friday, November 1, 2013

semakin aku...

Semakin aku dewasa, semakin jauh perhubungan kita Ya Allah,
Aku sgt takut perkara ini terjadi,
tetapi ianya bebar-benar terjadi dan aku kesal.
Kehidupan kini benar mencabar Ya Allah.
Ia menguji cintaku terhadapmu Ya Allah.

Semakin aku mencari cintaMu tatkala itulah datang pelbagai godaan.
Lelaki yang semakin rakus mencuri hati wanita, dunia fashion yang makin di agung2 kan, hiburan yang berlebihan, nafsu yang terlalu rapuh dan keghairahan mencari ilmu agama semakin pudar.
Ya Allah, Kau bantulah aku menghadapi ujian ini.
Ujian yang sudah byk menduga aku namun aku acap kali tewas dengan ujian ini.
Berikanlah aku peluang untuk mendekatimu Ya Allah


Ya Allah, mudahkanlah urusan hidupku hari ini.
Ya Allah, ampunkan dosa ibu bapaku.
Ya Allah, temukanlah aku dengan jodoh yang baik.
Ya Allah, masukkanlah aku ke dalam syurgaMu.

Thursday, October 31, 2013

kenapa kadang-kadang

kadang2,aku punya cita..
punya rasa jua jiwa..
rasa apa?jiwa bagaimana?
entah..terkadang sesat juga aku dalam pencarian,
dalam menuju cinta Tuhan,tak sesenang yang dibayangkan..

kadang2,rasa itu aku simpan..
cukup hanya aku,hati dan Tuhan..
tertanya juga..
sampai bila aku akan bersedia bertemu arRahman?...
andai yang dibawa hanya sedikit bekalan..

diterimakah selama ini amalan?atau aku hanya letih badan..kerana entah ke mana ikhlas dalam perasaan..di mana dunia?dalam hati atau dalam genggaman tangan..AllahuRabbi.....

just three words
i miss you
thats all

Saturday, October 26, 2013

Stress = Homesick

rindu mak
rindu abah

hectic week
whole test hancur
disaster IDP
FYP

ingat nak balik rumah jumpa mak abah
buat ubat rindu and ubat stress
tapi ujian menguji poket dan emosi
air mata x tertanggung

permudahkan segala urusan hambaMu ini Ya ALLAH
kurniakan kesihatan dan kebahagiaan ke atas mak dan abah
:')

Thursday, October 24, 2013

Perangkap

kau dan aku
tertangkap lagi
mohon jangan bersembunyi
mohon jujur dan tak berbagi

kurang percaya
hilang percaya
mohon kekal terus percaya
walau hari hilang cahaya


Sunday, October 6, 2013

love letter

in my wounded heart
in my crying heart
i couldn't say anything
and my memories ride the wind

Tuesday, April 23, 2013

notice board

Perempuan sangat sensitif dgn setiap kata yg dikeluarkan dari bibir insan kesayangan. Kerana setiap satunya bermakna & memberi kesan dihati. ♥

Tuesday, January 8, 2013

kau dan aku

7:45 malam:
lepas solat maghrib aku memang ngantuk gila. sebab dah tahan dari asar lagi. mesej dia "ko g makan dulu. aku ngantuk pulak". dah janji dengan die nak g study kat library pukul 8.

9:15 malam: 
aku terjaga dari tidur. kelam kabut cek fon. x ada mesej. mesej dia 
aku: "g libry x?". terus bersiap-siap. 
dia : "sat.. aku pun baru bangun. haha"
aku: "k. cepat"
dia : "aku mkn sat.. kalo kite g esok pagi boleh?"
aku: "aku memang suka pun." mula nk marah sebab aku dh tunggu stngah jam pun.
dia : "laa.. dh siap ea.. k2, kita g ea.. "

10:15 malam:
anta mesej kat kawan dia. "aku memang suka tunggu orang berjam xdatang-datang".

10:45 malam:
........(air mata yang jatuh sebab tahan marah).............



itu la diri aku dan sebanyakkan orang. bila tahan marah, sampai satu tahap, it turns to tears. :(
1 lagi info tentang aku, aku akan diam seribu bahasa bila marah. xpayah pujuk or buat pape. sebab kalo orang yang buat aku marah tu datang dekat, dia memang minta makian. iniserius. aku akan sejuk sendiri. kalau dah terkena makian or tempias makian, jangan la amik hati sangat. ketahuilah bahawa ko orang yang bertuah. entahpapeje. marah aku sekejap je. bangun tidur selalunya aku dah lupa. macam xde pape yang berlaku. so dont waste your words untuk pujuk aku.

sebenarnya aku bengang sebab aku dah ajak roomate aku sekali. means aku dah buat dia tunggu 1 jam lebih jugak. ketahuilah masa-masa pada final exam adalah sangat bernilai. aku serba salah kat roomate aku tu. tu yang aku hangin 1 badan.

macam gambar ni, aku dah anggap ko macam adik beradik aku. semua yang datang dari mulut aku untuk ko semua atas dasar sahabat. aku care. maaf kalau bahasa aku kasar pada ko. nama pun adik beradik. gelimat la kalau ko nak tacing-tacing. akhir kata, maafkan aku wahai sahabat. maaf pada semua yang terlibat secara langsung mahupun xlangsung. 

bila hati diuji, mengharap iman menemani. mengharap jiwa tidak pergi. harus tabah tempuh hidup ini.. yang penuh ranjau berduri.. meneruskan langkah perjuangan ini. teruskan tenang dalam senyuman. :D

"ya Allah, peliharalah ukhwah kami. tingkatkan la kesabaranku, kesabaran kami dalam menghadapi liku-liku kehidupan. tenanakan la hati kami, tingkatkan keimanan kami."

Sunday, January 6, 2013

dalam diam jiwaku bermonolog

tajuk selalu je nak gempak. huhu.. permulaan harus la cemerlang. (apekah?) tiba tiba macam xde idea pulak. 
owh.. sekarang dah masuk tahun baru 2012. tengah final exam. ye final untuk sem 5. mencuri masa sikit untuk bermonolog sorang sorang kat sini. macam biasa la minggu final adalah minggu beremosi. minggu akhir kuliah sehingga ke study week harus beremosi dengan projek projek yang minta untuk bermadu kasih kononnya. apepuntakboleh. sampaikan terbawa-bawa dalam mimpi ok. ye !! aku dihantui mimpi pelik-pelik. mimpi buruk yang menakutkan. mungkin sebab terpikir sangat sebelum tidur. :(

lupakan semua tu, kita cerita benda-benda menarik sekitar beberapa bulan and minggu yang lepas. alhamdulillah masih diberi peluang menarik oxygen pemberian yang maha kuasa. terima kasih Ya Rabb. :D mari berkongsi cerita menarik. excited ! !

1. my lovely pretty sis sudah menjadi zaujah kepada zaujj nya.
congrate3!!! alhamdulillah perjalanan jodoh yang sangat indah dirancang olehNya. aku anggap kisah cinta diorang sangat menarik. BERCINTA SELEPAS NIKAH :D. nikmat yang tak semua orang dapat rasa, alami. majlis pada 16/12/2012 berlangsung dengan jayanya atas kerjasama dan berkat doa semua orang. penat yang tak terkata tapi seronok. saat angah bakal dinikahkan, terasa sangat. macam sayu je. kak long pun terasa. rase nak menangis yg xtau kenapa. mungkin tumpang bahagia, mungkin terasa akak ada pemisah antara kami selepas ni. time tu focus aku adalah abah dan mak. aku perhati air muka diorang. almaklum la anak gadis akan diserahkan kepada orang lain. sayu pulak tetiba. huhu.. ni la beberapa gambar yang ada dalam simpanan aku. (banyak kat fotographer)


selepas nikah :D
rombongan saikomon dari bp :D
2. perubahan hormon. (puihh !! ayat sembang lagi)
selepas angah bergelar isteri kepada Noramin Ismail, orang di rumah seolah-olah hilang punca. lebih-lebih lagi penunggu setia rumah iaitu mak dan aiman. kihkihkih. mereka mereka seperti mengalami kejutan budaya. kelakar sebenarnya. bila balik, mak mengadu angah x call or msg tengah apa and sebagainya(bila angah keluar dgn suaminya). mungkin sebab still risau akan ability amin untuk jaga angah. aiman pulak hilang tempat bermanja. maka terkeluar la ayat-ayat touching dia. "angah nak g mane?"(dgn harapan dpt ikut macam selalu). "adik tinggal sorang la lepas ni". kadang kadang kesian jugak tengok dia ke hulu ke hilir dalam rumah tu xtau nak buat apa. tapi sekarang ni sekolah dah start mungkin dah kurang bosan dia. mak jela still sorang-sorang. tapi alhamdulillah jugak kak long rajin datang melawat dgn sarah. riuh la jugak rumah tu. aku pulak perlu menjaga tatatertib di rumah kalau amin ada. perlu la menjaga aurat even dalam rumah. juga akan menggantikan tempat angah sebagai driver maam besar. huhuhu

3. aiman menjadi pelajar sekolah tunggal di rumah.
terasa masa betul-betul pantas. rasa macam baru semalam aku mandikan aiman yang masih baby. hari ni dia dah masuk darjah 4. adik-adik yang lain pulak semua dah habis sekolah. alhamdulillah masih panjang umur. semoga beban abah semakin berkurang dan semaga diberi peluang untuk membalas segala jasa abah yang xternilai. alhamdulillah akak-akak aku dah start tolong ringankan beban mak abah. dah mampu belikan aiman semua kelengkapan sekolah. aku hanya mampu meluangkan masa melayan kerenah aiman memilih barang. mampu menemani emak pilih kasut.(dapat kasut baru:D). alhamdulillah. masih diberi peluang berjalan memeluk tangan mak. semoga sentiasa diberi peluang untuk membahagiakan emak dan abah. :")

4. presentation mini geofest yang xsebarapa tapi dapat highest mark. 
owesome!! alhamdulillah. walaupun sebelumnya pening kepala nak siapkan report yang memerlukan kami  memerah keringat(ayat nak propa je) menganalisis 5 jurnal yang ayat super pening. orang buat setengah sem, kami buat 1 malam. baru engineer katanya.(nada belagak. puihh!) hehehe.. hari presentation pulak sangat la gelabah panda. masing-masing dok hafal skrip. kihkih. terpampang muka cuak tu. alhamdulillah dapat panel yang quite ok la. unfortunately, dia x bagi aku peluang berhujah pun. =.=" penat aku hafal skrip tau! ciss.. and here we are. my owesome group members. thanks u olls :D

muka cuak tunggu turn nk present


moga ukhwah kita hingga ke syurga <3
tu jela kot yang dapat aku monolog setakat ni. lain kali insyaAllah kalau panjang umur aku berangan lagi. 2 3 hari kebelakangan ni emosi betul betul terganggu. mood study x datang datang. entah kenapa asyik pikirkan family di rumah. risau yang lain macam. semoga semuanya baik baik saja. rindu abah. last-last ni asyik jumpa artikel yang buat air mata ni meleleh penuh penyesalan dan kerinduan. semoga menjadi titisan yang mampu menghalang api neraka kelak. 

"ya Allah, ampunkan dosa-dosaku, dosa kedua ibu bapa ku serta seluruh umat islam sama ada yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia. sayangi kedua ibu bapa ku seperti mana mereka menyayangi ku sejak kecil. berikan mereka petunjuk dan hidayahMu. berikan mereka kesabaran dan kekuatan dalam menghadapi ujianMu. semoga ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman."