senyuman, tangisan, coretan liku kehidupan.. sekadar mencari ruang yang sempit untuk berkongsi cerita.
insan yang tidak sempurna tapi disempurnakan oleh kamu.

tentera-tentera ku.. :)

Friday, November 1, 2013

semakin aku...

Semakin aku dewasa, semakin jauh perhubungan kita Ya Allah,
Aku sgt takut perkara ini terjadi,
tetapi ianya bebar-benar terjadi dan aku kesal.
Kehidupan kini benar mencabar Ya Allah.
Ia menguji cintaku terhadapmu Ya Allah.

Semakin aku mencari cintaMu tatkala itulah datang pelbagai godaan.
Lelaki yang semakin rakus mencuri hati wanita, dunia fashion yang makin di agung2 kan, hiburan yang berlebihan, nafsu yang terlalu rapuh dan keghairahan mencari ilmu agama semakin pudar.
Ya Allah, Kau bantulah aku menghadapi ujian ini.
Ujian yang sudah byk menduga aku namun aku acap kali tewas dengan ujian ini.
Berikanlah aku peluang untuk mendekatimu Ya Allah


Ya Allah, mudahkanlah urusan hidupku hari ini.
Ya Allah, ampunkan dosa ibu bapaku.
Ya Allah, temukanlah aku dengan jodoh yang baik.
Ya Allah, masukkanlah aku ke dalam syurgaMu.

No comments:

Post a Comment