senyuman, tangisan, coretan liku kehidupan.. sekadar mencari ruang yang sempit untuk berkongsi cerita.
insan yang tidak sempurna tapi disempurnakan oleh kamu.
tentera-tentera ku.. :)
Tuesday, May 17, 2011
susah sedar senang lupa
datang dan pergi . lumrah hidup . macam tu jugak dengan kawan . kawan datang dan pergi . susah cari , senang pergi .
kawan makan kawan , gunting dalam lipatan , duri dalam daging , harapkan pagar pagar makan padi , tikam belakang , aku dah jelak dengan kawan kawan yang jenis macam tu . tak kira lelaki tak kira perempuan .
dan selalu jugak kalau susah , ada masalah , bukan main hari hari dok telefon . kalau dah senang , tanya khabar pun takde .
bukan semua tapi kebanyakan . aku masih ada lagi kawan kawan yang boleh buat susah dan senang . aku hargai perKAWANan kitorang .
buat BEKAS KAWAN , aku ucap terima kasih pernah jadi kawan . perkara biasa lumrah manusia , jumpa yang lebih baik , yang lebih agung , yang lebih hebat , yang lama dilupakan . walaupun yang lama tu lah yang tolong kau tengah tekapai kapai kesusahan .
bukan niat mengungkit tapi sekadar meluah rasa . meluah kan rasa yang orang tak kan pernah pedulik . siapa yang heran tulisan tempelan macam ni . banyak lagi bende penting yang perlu diendah kan . aku tau semua tu .
semua orang pernah rasa menolong dan ditolong . semua orang sedar masa menolong tapi berapa ramai yang sedar masa ditolong ? sama je . aku pun macam tu . kadang tak hargai masa ditolong .
kawan yang pergi buat aku jadi terpinga pinga , tertanya tanya , kenapa kau pergi ? kenapa kau hilang ? jawapan yang aku dan sesiapa pun tak pasti melainkan tuan punya hati .
apa pun hidup perlu diteruskan . kawan bukan segala nya . tanpa kawan hidup masih boleh diteruskan walau pun susah . tak perlu rasa hina kalau takde kawan . kalau kita senang kawan sendiri akan cari kita . kalau susah ? pandai pandai lah berdikari .
mungkin sedikit bosan bila takde kawan tapi kadang kadang menyampah bila ada kawan yang menyusahkan .
kepada kawan kawan aku yang kau orang rasa aku kawan ,
terima kasih sebab jadi kawan aku . lagi-lagi yang selalu kena hadap dengan baran aku.. yeayhh.. aku sayang gile kat korang.. seriously.. aku sangat hargai kau kawan aku . aku harap kau akan jadi kawan aku sampai aku expired date . kau kawan aku selagi kau tak tikam aku dalam sedar mahupun tanpa sedar . aku mintak maap ujung rambut sampai hujung kuku jari kaki kalau aku ada sakitkan hati korang . kalau aku ade salah apa apa kau bagi lah tau aku . kalau kau sakitkan hati aku sikit sikit , takpe lah . aku maap kan . tapi kalau kau dah tikam aku kaw kaw , moga kau mati nanti tak jadi bangkai . jadi lah orang yang berguna .
Sunday, May 15, 2011
CINTA DAN JODOH
ini adalah siri copy n paste hasil kerja orang.. hehe..enjoy~~
cinta . cinta tu susah diagak . cinta yang sahih , adalah cinta yang hanya mengenal cinta bukan pada rupa , bukan pada harta , bukan pada darjat . tapi seperti yang aku ada kata sebelum ni , cinta bukan sekadar cinta , perlu juga usaha untuk lebih maju dan bahagia .
punya cinta , tanpa jodoh , adalah mustahil untuk bersatu . tapi jodoh boleh kita usahakan .
10 TANDA CINTA DAN JODOH . (yang bujang sahaja . cik abang yang beristeri 1 , 2 , 3 tidak digalak kan . yang beristeri 4 jangan cari pasal)
1. BERSAHAJA
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. SENANG BERSAMA
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. TERIMA KITA SEADANYA
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. SENTIASA JUJUR
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. PERCAYA MEMPERCAYAI
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. SENANG BERKERJASAMA

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. SALING MEMAHAMI
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. TAMPILKAN KELEMAHAN
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. KATA HATI
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. SOLAT ISTIKHARAH DAN TAWAKKAL
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
-sumber dari iluvislam.com-
dan yang paling utama sekali , CINTA dan JODOH anda adalah BERLAINAN JANTINA !!!
jika anda seorang LELAKI maka WAJIB lah CINTA dan JODOH anda seorang PEREMPUAN . dan jika anda seorang PEREMPUAN maka WAJIB lah CINTA dan JODOH anda seorang LELAKI !
SELAMAT MENCUBA :)
cinta . cinta tu susah diagak . cinta yang sahih , adalah cinta yang hanya mengenal cinta bukan pada rupa , bukan pada harta , bukan pada darjat . tapi seperti yang aku ada kata sebelum ni , cinta bukan sekadar cinta , perlu juga usaha untuk lebih maju dan bahagia .
punya cinta , tanpa jodoh , adalah mustahil untuk bersatu . tapi jodoh boleh kita usahakan .
10 TANDA CINTA DAN JODOH . (yang bujang sahaja . cik abang yang beristeri 1 , 2 , 3 tidak digalak kan . yang beristeri 4 jangan cari pasal)1. BERSAHAJA

Saturday, April 16, 2011
masih - flop poppy :)
Intro: A C#m F#m E
D C#m Bm E
A C#m F#m
Masih ku tak berdaya
Dm
Melupakan mu
Di hatiku berkata
A C#m F#m
Apakah sebenarnya cinta
Dm
Di hati ini
Hanya mainan semata
A C#m F#m E
Namun kau tak mengerti..ee
D C#m Bm
Apa sebenarnya yang telah terjadi
E A
Di diri ini
C#m F#m E
Kau yang masih di hati..ee
D C#m Bm
Tidak terdaya untuk mengundur diri
E A
Darimu
A Bm C#m D
E C#m F#m
Setelah engkau pergi ..yeae
D E C#m F#m
Tiada apa yang ada di diri ini
D E C#m F#m
Kuharap kau kan berubah hati
D E
Semoga kau kan kembali
A
Di diri ini
A C#m F#m E
D C#m Bm E
D C#m Bm E
A C#m F#m
Masih ku tak berdaya
Dm
Melupakan mu
Di hatiku berkata
A C#m F#m
Apakah sebenarnya cinta
Dm
Di hati ini
Hanya mainan semata
A C#m F#m E
Namun kau tak mengerti..ee
D C#m Bm
Apa sebenarnya yang telah terjadi
E A
Di diri ini
C#m F#m E
Kau yang masih di hati..ee
D C#m Bm
Tidak terdaya untuk mengundur diri
E A
Darimu
A Bm C#m D
E C#m F#m
Setelah engkau pergi ..yeae
D E C#m F#m
Tiada apa yang ada di diri ini
D E C#m F#m
Kuharap kau kan berubah hati
D E
Semoga kau kan kembali
A
Di diri ini
A C#m F#m E
D C#m Bm E
Online dengan TUHAN
semangat3!!! hehe.. sebenarnye baru lepas baca buku ni.. dh lama beli tapi disebabkan minggu2 akhir kuliah yg penuh cabaran n liku, arini baru buka n abeskan terus.. yeayhhh..
menarik ke buku ni?? haaa~~ itu yg awak2 xtau.. (ayat geng2 aku).. actually aku rase tertarik nak buat entry ni sebab aku rase buku ni banyak info n aku rase seronok kalau share dengan orang lain..
antara info yang aku dapat dalam buku ni:
- sebab-sebab bencana yang menunjukkan tanda-tanda kemurkaan ALLAH SWT. contohnya ribut Greg di Keningau Sabah (25 Dis 1996) n tsunami (26 Dis 2004). kalau korang perasan tarikh tu dekat-dekat je..
-bukan semua Yahudi jahat. haa~~ macam mane pulak tu??
- zionis dan perang siber. Protokol Ke-13 dalam Persidangan Zionis Ke-2 di Basle, Switzerland 1897. berkait jugak dengan kebanjiran realiti tv dan internet.
- kewujudan KELAB GAY MUSLIM dengan nama Fitrah. (Hanan Dover digam kerana membuat ucapan terbuka mengenai kajiannya yg merujuk hal tersebut.)
- laman web Islam yang sesat. antaranya, answering-islam.org.
- hadis-hadis menarik : '3 manusia yang matanya tidak akan melihat api neraka: mata yg sentiasa berjaga di medan perang, mata yang sentiasa menangis kerana takutkan ALLAH dan mata yang menahan penglihatannya terhadap larangan ALLAH.'
- kata2 skrin, tetikus dan papan kekunci sekiranya ia dapat berkata2 terhadap pengguna.
- kehebatan tokoh-tokoh islam dan artikel-artikel menarik dalam MuslimHeritage.com. dan harunyahya.com.
- syahwat khinzir (keji, membazir, hilang malu, riak, rakus, bermuka-muka, dengki, dendam, dll) dan syahwat anjing/serigala (bermegah-megah, bercakap besar, sombong, terpesona dengan diri/ujub, mengejek, menghina, dll)
-Buya Hamka yang dipenjarakan oleh Presiden Sukarno tanpa dibuktikan bersalah. tapi beliau la yang mengimamkan solat jenazah Sukarno
selain tu, buku ni jugak ade tunjukkan contoh-contoh kemurkaan ALLAH terhadap hamba-hambaNYA yang melakukan maksiat yang semua orang tau tapi pura-pura xnampak dan ambil mudah je. contohnye:
-sebilangan Bani Israel berubah menjadi monyet kerana mengabaikan ibadah kepada Allah.
-jasad-jasad pelaku maksiat di Pompeii, Rom yang mengeras dalam keadaan yang mengaibkan dan bergelimpangan di tepi2 jalan. walaupun hakikatnya mereka mati kerana letusan gunung berapi Vesuvius yg sebenarnya terletak beratus kilometer dr Pompeii.
buku ni jugak merumuskan buku-buku menarik yang lain. walaupun x berapa nak tebal, dan jugak x bosan, macam-macam info ade dalam buku ni. xrugi beli dengan duit sendiri RM13..
antara buku-buku lain yang menjadi sasaran seterusnya:
aku harap lepas ni dapat buat entry macam ni untuk share buku-buku menarik dengan semua orang. sape-sape yang ade buku menarik yang nak share or suggest aku beli boleh la tinggalkan komen.. tq :)
"setiap ilmu yang kita dapat adalah tanggungjawab. setiap ilmu harus disebarkan. ilmu akan mempersoal kita mengenai haknya di akhirat kelak sekiranya kita tidak menyampaikannya kepada orang lain"
"sampaikanlah ilmu itu walaupun sebaris ayat"
Monday, April 11, 2011
candle light dinner
candel light dinner?
tepi pantai?
pantai punggur plak
tengok bulan tengah malam
wooww!!!!
so sweet~~~
erkk
lapar~~
last2 layan ruski..
slurpp~~
Thursday, March 17, 2011
dear mak,
bella mintak maap sebab xmakan lg
xde niat nak wat mak susah ati
xde niat nk wat mak sedih
xde niat nak wat mak susah ati
xde niat nk wat mak sedih
xde niat langsung.
mak selalu risau
bila bella banyak kerja
bila bella kuat study
bila bella nak dekat exam.
sebab mak kenal sangat anak mak ni
anak mak yang x boleh penat
anak mak yang demam setiap kali exam
anak mak yang selalu lupa nak makan.
mak selalu tegur tangan bella kurus
mak risau sangat kalau anak mak ni x makan
mak selalu jaga makan anak2 mak
mak sanggup x makan untuk anak2 mak
bella dah janji xdiet lagi
bella xnak mak sedih tengok tangan bella
bella nak buat mak senyum selalu
bella nak buat mak tenang
maap sebab manja sangat dengan mak
bella lemah bila mak xde
bella lemah bila mak jauh
bella lemah bila mak sedih
bella rindu nak peluk mak
bella rindu nak gurau dengan mak
bella rindu nak bercerita dengan mak
bella rindu semua tentang mak
Subscribe to:
Posts (Atom)