senyuman, tangisan, coretan liku kehidupan.. sekadar mencari ruang yang sempit untuk berkongsi cerita.
insan yang tidak sempurna tapi disempurnakan oleh kamu.

tentera-tentera ku.. :)

Sunday, March 29, 2015

Puisi Tiruan Cap Kapak

Senyummu jatuh di dalam air
ikan-ikan berkerumun mencium ketawa

Tangismu tersepit di celah bukit
gua-gua ternganga menadah air mata

Bicaramu terkurung di dalam bilik
pintu-pintu terkunci ketat menghukum suara

Senyummu
tangismu
bicaramu

berpadu erat

dan akupun segera mengingat

bahawa hidup ini perlu ditimbang sukat
agar keinsafan segera

berpihak!.

No comments:

Post a Comment