senyuman, tangisan, coretan liku kehidupan.. sekadar mencari ruang yang sempit untuk berkongsi cerita.
insan yang tidak sempurna tapi disempurnakan oleh kamu.

tentera-tentera ku.. :)

Tuesday, August 9, 2011

Tolong jadi abah saya

Tajuk tu mungkin menimbulkan tanda Tanya. Nak story ape sebenarnya ni? Sebenarnya nak story tentang satu kajian. Ada satu kajian yang dijalankan mendapati perempuan akan mencari calon suami yang mempunyai ciri-ciri yang sama seperti ayah mereka. Kalau lelaki, aku x tau la pulak. Aku x ada buat kajian. Hehe.. betul or x, hanya tuan empunya jati diri yang tau jawapannya. Pada aku, memang betul pun kajian tu.

Kenapa tiba-tiba cakap pasal calon suami pulak ni? Dah mengidam nak naik pelamin ke? Nak bina masjid ke? Choi!! X ada la. Sebenarnya dah x tau nak pilih topic apa and x nak blog ni berhabuk sepanjang bulan ramadhan ni. Di samping tu, jejari aku ni boleh la menari-nari di atas board ni setelah sekian lama. Boleh jugak la aku bercerita panjang lebar tentang Encik Hassan Bin Haji Yunos a.k.a abah aku. J so, siapa-siapa  yang berminat sila pay attention. Cewah.. jom terjah!

X kira la apa panggilan sama ada abah, ayah, abi, papa, baba, or yang lain-lain, setiap bapa pasi mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Lebih-lebih lagi kalau anak perempuan, perhatian yang lebih pasti akan diberikan. Sebagai anak perempuan yang paling kecik dalam family sememangnya kasih sayang abah sudah melimpah ruah x terhitung banyaknya. So, salah satu ciri yang semua perempuan cari adalah penyayang. Bukan je penyayang pada manusia tapi pada makhluk yang lain jugak. Abah sangat suka kucing. Mak long pernah cerita betapa abah sedih bila kucing kesayangan kena langgar kereta. Abah peluk kucing tu sambil menangis. Mase tu abah kecik lagi la. Mak long kate memang sedih je tengok. Tapi harus diakui setiap orang mempunyai perspektif diorang sendiri and cara diorang yang tersendiri untuk menunjukkan kasih sayang diorang.

Setiap kali aku keluar, sama ada dengan family or kawan-kawan, bila masuk pukul 5.30 aku x sampai rumah lagi makanya fon aku akan berdering. Kadang-kadang bukan la abah yang call tapi sudah semestinya abah lah yang mengarahkan nombor fon aku didail. Nak tau macam mana aku tau? Sebab bila akak-akak aku keluar, perkara yang sama akan berlaku. And kalau kami keluar sehingga malam, abah mesti tunggu kitorang walaupun kadang-kadang mak dah lama membuta. Hehe..  x kira berapa lambat, abah mesti tunggu. Kadang-kadang sampai tertidur kat sofa. Abah pelindung kami. Abah sangat-sangat la protective.

Walaupun aku sering dimanjakan, abah x lupa untuk ajar aku berdikari. Aku sememangnya rapat dengan abah sejak kecik lagi. Abah suka bawak kitorang pergi kerja masa kitorang kecik. Lagi-lagi time cuti sekolah. Kadang-kadang abah x ajak pun tapi kitorang yang nak ikut. Masa kecik memang x ada nak pikir apa sangat pun. Tapi bila dah besar, baru la aku nampak niat abah bawak kitorang. Abah aku kerja pemandu lori. Bekerja sebagai pemandu lori bukan la kerja mudah walaupun orang kata gaji besar. Seriously sampai sekarang, aku cukup sensitive kalau tengok pakcik-pakcik driver. Kerja jadi driver ni sangat-sangat la penat. Waktu kerja yang x menentu. Aku pernah tengok betapa abah marah bila sampai di kilang tertentu tapi barang yang perlu dihantar x ada. Abah kena tunggu berjam-jam selepas penat memandu and kena balik lambat. Lebih teruk jika abah perlu bermalam di tepi jalan. Sebagai anak, aku sedar betapa payah abah bekerja and betapa besar jasa abah dalam membesarkan aku selama ni.

Bertanggungjawab. Mak melahirkan aiman(adik aku yang last) waktu aku darjah 6. Even akak aku dah besar and boleh tolong uruskan rumah, abah still menguruskan rumah. Cuci baju, masak, mengemas, semua abah buat. Walaupun agak kelakar tengok abah sidai kain and buat kerja rumah, ada niat yang tersirat. Abah sebenarnya xnak pelajaran kitorang terganggu memandangkan angah nak exam stpm, ude nak spm n aku upsr. Abah sangat mementingkan study. Along antara mangsa pertama yang di pukul sebab ponteng sekolah. Memang abah mengamuk masa tu.

Abah sememangnya seorang yang serba boleh. Abah kehilangan atok sejak umur  6 tahun (menurut cerita mak). Walaupun abah anak bongsu and x dapat kasih sayang dari seorang bapa, abah still boleh jadi bapa yang sangat-sangat hebat. Abah x akan membiarkan kemahuan anak-anak x dipenuhi. Kadang-kadang aku sendiri rasa nak marah bila salah sorang family aku mintak duit untuk sesuatu yang xperlu. Tapi abah tetap penuhi kemahuan setiap anak. Malah kitorang menerima dengan sama rata. Abah xpernah membeza-bezakan kitorang.

Kalau nak dicerita semuanya memang x akan ada penghujungnya. Setiap orang pasti punya memory tersendiri. Memang aku sangat-sangat akui ciri-ciri lelaki yang aku cari ada pada abah. Aku xsuka lelaki yang mengada-ngada walaupun niatnya untuk bermanja or whatsoever. Aku suka lelaki yang pandai serba serbi. Maksud aku boleh buat banyak benda macam abah. Boleh memasak, mengemas, jaga anak-anak, mengurus rumah and macam-macam. Macam entry untuk hari bapa la pulak.

Tapi perlu jugak selalu beringat bahawa lelaki yang baik hanya layak untuk perempuan yang baik. Jodoh pertemuan, ajal maut semua di tangan Tuhan. Walaupun seluruh isi alam cuba untuk menyatukan dua jiwa, jika Tuhan mengatakan mereka bukan jodoh maka mereka tidak akan bersatu. Dan walaupun seisi alam menghalang dua jiwa, jika jodoh mereka ditetapkan bersama mak mereka akan bersama.

2 comments: