aku tak sekuat yang terpancar
semoga hari ini diperkuat-tabahkan hati aku
diberi nur yang paling atas untuk aku betul duduk simpuh
letak kemas dalam ingatan paling hujung saraf
bahawasanya ‘Ini Ujian Tuhan’
kerana hari esok bukan milik aku
kerana yang datang akan maripergi tanpa memberitahu
semoga kau dijaga tenang
semoga dipelihara sampai aku datang
semoga kau tunggu aku
kali ini ku sedaya diamkan jiwa
ayuh kesat mata dan cari rahsianya
bila taufan sudah surut
tetap datang petir ribut
kerana Dia lebih tahu
apa yang paling tercantik
untuk kau
untuk aku
aku ada
aku tetap ada
sampai bila-bila yang ada untuk kita
maka terus tetap diam
dan peluklah malam
No comments:
Post a Comment